Kantoi memandu dalam keadaan mabuk, Himchan B.A.P mengaku bersalah tapi tak rancang untuk berpatah balik

Image may contain: 1 person, child, closeup and outdoor, text that says 'CE'

Himchan, bekas ahli B.A.P yang pernah terpalit dengan salah laku seksual sebelum ini, didapati kantoi memandu dalam keadaan mabuk.

Menurut kenyataan daripada Balai Polis Gangnam, Seoul pagi tadi, Himchan telah ditahan oleh polis di Persimpangan Cheongdamdong, Gangnam, Seoul setelah keretanya merempuh penyangga jalan pada jam 11:30 pm, 26 Oktober 2020 semalam. Kadar alkohol di dalam darahnya telah mencecah 0.08% dan boleh menyebabkan Himchan dibatalkan lesen memandunya.

Berikutan pendedahan daripada pihak polis, Himchan membuat permohonan maaf di depan peminat sekali lagi. “Saya betul-betul menyesal kerana memandu mabuk. Jika ada siasatan lagi masa depan, saya akan bekerjasama dengan polis. Saya akan bermuhasabah diri. Memandu dalam keadaan mabuk tak patut dibuat, dan saya pun tak boleh lari dari tanggungjawab ini. Sekali lagi, saya menunduk memohon maaf,” katanya.

Himchan baru mengeluarkan single terbaru, ‘Reason Of My Life’ pada 25 Oktober 2020 kelmarin. Beliau dijangka akan membuat pertemuan di atas talian bersama peminat pada 31 Oktober dan 1 November ini.

Sumber: ytn

loading...