Tak masuk akal macam ‘harga Yahudi’, layakkah Kim Soo Hyun dibayar RM1.759 juta untuk satu episod saja?

May be an image of 4 people, people standing and indoor

Kim Soo Hyun telah pun bergelar pelakon yang mendapatkan bayaran tertinggi di Korea, mengatasi pelakon bergred A lain.

Namun, bayaran tersebut dikatakan tidak masuk akal kerana mencecah 500 juta won (~ RM 1.759 juta) untuk setiap episod semata-mata untuk penampilannya di drama terbaru, One Ordinary Day. Ia menjadikan jumlah bayaran yang diterimanya ialah sebanyak 14.36 juta untuk penampilannya di dalam drama bersiri lapan episod itu di samping pelakon veteran tersohor, Cha Seung Won.

Netizen seakan-akan tertanya bagaimana Kim Soo Hyun mampu menerima bayaran sebanyak itu mengatasi pelakon lain lebih berpengaruh daripadanya iaitu Lee Min Ho, Song Joong Ki, dan Hyun Bin. “Dia memang bagus berlakon tapi takkan lah sampai boleh terima gaji lumayan sebegitu,” soal lagi netizen tersebut.

Seperti yang dipetik daripada pemerhati industri, Kim Soo Hyun bukan saja disukai di Korea malah di seluruh Asia. Bayaran untuk beliau membabitkan diri di dalam aktiviti peragaan saja sudah pun mencecah 3.6 juta, menurut pengamal industri yang bertempat di China. Kim Soo Hyun berjaya mendapatkan 17 kontrak eksklusif menjadikan bayaran yang diterimanya mencecah 30 billion won (~RM 107.658 juta).

Difahamkan Kim Soo Hyun merupakan seorang pelakon yang begitu teliti di dalam memastikan aspek lakonannya bermutu tinggi dan diterima oleh penonton, maka beliau akan bersedia terlebih dahulu sebelum memasuki pengambaran. Amalan Kim Soo Hyun ini selain kariernya yang tiada pasang surut turut disenangi oleh krew produksi sehingga ada antaranya tidak kisah dengan bayaran yang disifatkan seperti ‘harga Yahudi’ tersebut.

Di dalam drama One Ordinary Day, Kim Soo Hyun membawakan watak sebagai banduan yang dituduh membunuh seorang gadis dan perlu membuktikan dirinya tidak bersalah. Gadis itu didapati meninggal dunia selepas Kim Soo Hyun mengadakan seks dengannya. Beliau turut bersetuju untuk telanjang sepenuhnya di dalam berkenaan, lantas memenuhi permintaan produksi drama, bertepatan dengan harga yang dibayar kepadanya. Mengulas adegan bogel Kim Soo Hyun tersebut, pihak produksi berkata, “Kim Soo Hyun akan mengejutkan penonton dengan aksi lakonannya untuk setiap episod.”

Bagaimanapun, semakin banyak bayaran yang diterima oleh pelakon tersebut yakni menambahkan lagi kos produksi, maka bajet diperuntukkan ke atas perkara lain terpaksa dikurangkan. Malah, persaingan dengan drama daripada cenel lain juga menjadikan pelaburan tersebut mungkin tidak berbaloi memandangkan peratusan penonton yang kecil tidak menjamin pulangan yang banyak kepada pengiklanan dan lain-lain.

Apapun, buat peminat Kim Soo Hyun, penulisan ini tidak bermaksud merendahkan kredibiliti lakonannya. Kim Soo Hyun tetap pelakon tersohor di Korea dengan pencapaian yang diterimanya tika ini.

Sumber: topclass

loading...