[Gempar] 2 kumpulan kpop tergantung tak bertali, HINAPIA & ANS akhirnya bakal terbubar tak sampai setahun

Image may contain: 13 people

HINAPIA, kumpulan kpop perempuan yang baru ditubuhkan tidak sampai setahun, terpaksa dilepaskan oleh agensi mereka, OSR Entertainment hari ini.

Alasan penamatan kontrak mereka dikaitkan masalah kewangan dihadapi syarikat dalam menguruskan mereka ketika wabak pandemik Covid-19 yang belum ditemui penghujungnya. HINAPIA mula ‘debut’ pada November 2019 dengan single ‘DRIP’. Mereka mendapat perhatian kerana keempat-empat orang ahli kumpulan itu merupakan bekas ahli PRISTIN.

Sementara itu, ANS memohon untuk dibatalkan kontrak bersama agensi mereka, ANS Entertainment setelah tidak boleh bersabar lagi dengan kerenah syarikat yang tidak mampu lagi menanggung pengurusan mereka. 7 orang ahli iaitu Lina, J (Lee Ye Ji), Royeon, Dalyn, Raon, Bian, dan Dam I kecuali Haena akan membuat tuntutan di mahkamah bagi membatalkan kontrak dengan syarikat agensi itu serta-merta. Alasannya kerana ANS Entertainment yang telah membuang hampir kesemua pekerja mereka sejak wabak Covid-19 melanda awal Mac lalu menyebabkan mereka tergantung tak bertali. Malah, pejabat syarikat itu juga sudah bertutup dan dipindahkan dari Sinsadong ke Gimpo menyebabkan mereka tiada tempat untuk berlatih serta dinafikan hak untuk mendapatkan pengurus. Bagaimanapun, Haena yang ternyata berselisih pendapat dengan 7 orang ahli pula mendakwa dirinya telah dibuli oleh mereka menerusi sosial media dan berharap permohonan maaf daripada mereka dan agensi itu.

Akhir kata, begitu juga dengan HINAPIA, ANS atau nama penuhnya, AngelNSoul yang mula debut pada September 2019 mungkin juga tak sempat mengecapi populariti tak sampai setahun berikutan pembatalan kontrak dengan syarikat akan mengakibatkan pembubaran mereka atau dijenamakan dengan nama baru.

Sumber: mydaily, top daily, sport seoul

loading...