Kluster Kdrama: Sudah 3 orang pelakon Korea dijangkiti Covid-19

Image may contain: 3 people, selfie and closeup
Dari kiri: Seo Jung Jong, Kim Won Hae dan Heo Dong Won.

Pihak produksi Kdrama menerima kejutan hari ini apabila tiga orang pelakon Korea yang aktif berlakon telah disahkan  dijangkiti Covid-19 menyebabkan penggambaran drama lakonan mereka ditangguhkan serta-merta.

Bermula dengan pengumuman Seo Sung Jong yang mengesahkan dirinya telah dijangkiti Covid-19 semalam, pihak produksi drama KBS To All the Guys Who Loved Me dan KBS Do Do Sol Sol La La Sol bertindak menangguhkan penggambaran bagi mengelakkan jangkitan kluster merebak kepada krew-krew drama. Semua krew dan pelakon yang pernah berhubungan secara dekat dengan Seo Sung Jong diarahkan menjalani ujian Covid-19 dengan kadar segera dan mengkuarantikan diri mereka serta-merta.

Kim Won Hae dan juga Heo Dong Won yang mempunyai sejarah pernah bersemuka dengan pelakon Seo Sung Jong sebelum ini telah pun mengambil ujian Covid-19. Malang tidak berbau, mereka juga disahkan positif Covid-19 dalam dua pengumuman berbeza yang menyusul kemudian. Kim Won Hae, Heo Dong Won dan Seo Sung Jong pernah menjalani penggambaran teater ‘Jjambbbong’ bersama-sama sewaktu Seo Sung Jong yang telah dijangkiti Covid-19 belum lagi menunjukkan simptomnya.

Hwang Jung Eum dan Yoon Hyun Min pula tidak bertemu dengan Seo Sung Jong ketika penggambaran satu adegan melibatkan lakonannya di dalam drama KBS To All the Guys Who Loved Me, menyebabkan mereka dikeluarkan daripada senarai dibimbangi terkena jangkitan kluster berkenaan manakala Seo Yi Sook yang pernah bersemuka secara dekat dengan Heo Dong Won ketika berlakon bersama-sama di dalam KBS Do Do Sol Sol La La Sol hari ini bertindak menjalani ujian Covid-19 serta-merta.

Sumber: spottvnews, joins, money today

loading...