5 orang ahli ILUV menerusi agensi mereka, WKS ENE bertindak menyaman Shin Minah di atas keceluparannya membuat tuduhan melulu, antaranya dikatakan pernah memaksanya menonton video adegan ranjang tanpa kerelaannya sendiri.
Gahyun, Jiho, SeoYoon, Jiwon dan Cui Xiang telah membuat aduan tersebut di Balai Polis Jongno, Seoul di atas perbuatan membuat tohmahan palsu.
Min Ah sebelum ini membuat pengakuan mengejutkan menerusi video yang dimuatnaik di dalam cenel Youtube, ‘Cocoah’, bahawasanya dia pernah hampir membunuh diri tetapi akhirnya diselamatkan kerana trauma akibat dibuli oleh bekas rakan-rakan ILUV. Min Ah mengakui bahawa bekas rakan-rakan ILUV pernah memaksanya menonton video lucah tanpa kerelaannya sendiri.
Bagaimanapun, WKS ENE cepat-cepat menafikan tuduhan Min Ah dengan mengatakan anak buahnya sedang mengalami kemurungan, gangguan emosi serta insomnia menyebabkannya terpaksa direhatkan daripada aktiviti ILUV. Dalam kenyataan berlainan daripada Min Ah pula, dia mengaku pernah menjalani rawatan di hospital di atas penyakit dialaminya sejak awal Januari 2020 menyebabkannya tidak lagi aktif sebagai ahli, tetapi akhirnya terpaksa berundur daripada ILUV untuk sekian kalinya.
Ahli-ahli ILUV sedia ada sepatutnya akan debut dalam kumpulan kpop lain, Botopass mungkin terpaksa ditangguhkan pelancarannya berikutan pendedahan mengejutkan daripada Min Ah ini.
Sumber: ytn