BTS hampir pecahkan rekod ‘Beattle’ apabila 3 album dapat no.1 Bilboard 200 dalam tempoh setahun

Kejayaan demi kejayaan dicipta oleh BTS di bumi Amerika Syarikat. Kali ini, tiga album keluaran mereka berjaya mendapat kedudukan no.1 dalam tempoh setahun saja.

Menurut Billboard News, BTS semakin hampir untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh kumpulan Beatles pada sekitar tahun 1995 dan 1996 apabila menjadi kumpulan boyband pertama meraih kedudukan no.1 di dalam Billboard 200 dalam tempoh hanya setahun. BTS memulakannya dengan album Love Yourself: Tear pada 2 Jun 2018, disusuli dengan Love Yourself: Answer pada 8 September 2018 dan terbaru sekali dengan Map of Soul : Persona pada carta bertarikh 27 April April 2019. Bukan saja mencatat jualan hampir 200,000 unit di Amerika Syarikat saja, malah BTS juga mencatat sejarah sebagai artis pertama meraih tiga kali album no.1 dengan menggunakan medium bukan berbahasa Inggeris.

Baru-baru ini, BTS telah tersenarai sebagai kumpulan individu paling berpengaruh di dalam Time 100 sebaris dengan Tun Mahathir, Donald Trump, Lady Gaga dan lain-lain. Kedudukan carta hot 100 untuk lagu Boy With Luv, gandingan bersama Halsey pula akan diumumkan pada keesokan hari.

Sumber: Billboard

loading...