Choi Jin Hyuk menyatakan kesediaannya untuk membintangi drama terbaru terbitan KBS, Zombie Detective.
KBS Zombie Detective bergenre komedi gag, berkisarkan seorang detektif yang kembali hidup hasil penjelmaan dirinya sebagai zombie berulang-ulang kali, dan kini perlu menyesuaikan dirinya dengan manusia.
Choi Jin Hyuk membawakan watak sebagai Kim Moo Young, lelaki zombie yang memiliki tubuh bersasa. Setelah lebih dua tahun hidup sebagai zombie, Moo Young yang kehilangan ingatan cuba memperbetulkan cara pertuturannya dan postur badannya bagi membolehkan dirinya menyerupai seakan-akan seperti manusia.
Manakala Park Joo Hyun pula akan memegang watak Gong Seon Ji, seorang penulis yang mempunyai pengalaman sebagai wartawan intern yang begitu komited untuk menegakkan keadilan. Ketika dia diserang sewaktu sedang melakukan penyiasatan, Seon Ji berhenti kerja dan memilih untuk bekerja di samping Moo Young di bawah agensi detektif kelolaannya.
Choi Jin Hyuk turut menimbangkan tawaran lakonan di dalam tvN Mouse, menyaksikan gandingan kali kedua bersama dengan Lee Seung Gi. Namun, keterlibatannya di dalam projek drama ini masih belum diputuskan lagi.
KBS Zombie Detective akan diarahkan oleh Shin Jae Hyun (“KBS Producers”) dan ditulis skripnya oleh Baek Eun Jin.
Sumber: ytn