Moon Ga Young bakal menjadi suri hati buat Cha Eun Woo untuk drama True Beauty

Image may contain: 2 people

Beberapa nama telah dicanang-canang sebagai suri hati Cha Eun Woo untuk drama True Beauty sebelum ini, akhirnya tawaran itu terlepas ke tangan Moon Ga Young.

KeyEast Entertainment mengulas tentang tawaran diberikan kepada anak buahnya itu. “Ya, Moon Ga Young sedang meneliti tawaran lakonan itu secara positif sekali,” kata jurucakap agensi itu.

‘True Beauty’ yang diadaptasikan daripada webtoon, berkisarkan tentang kisah seorang wanita tak mahu mendedahkan rupanya di khalayak ramai tanpa mengenakan mekap sehingga membawanya mengenali lelaki yang tahu tentang rupa sebenarnya. Moon Ga Young akan membawakan watak utama bernama Im Ju Gyeong. Cha Eun Woo pula bakal melakonkan watak Lee Su Ho, yakni lelaki yang tampak sempurna dari segi paras rupanya dan merupakan pelajar terbaik di sekolah. Lee Su Ho tidak mudah berkenan dengan gadis-gadis yang mahu mendampinginya dan meluahkan rasa cinta terhadapnya. Pada suatu hari, apabila berhadapan dengan gadis yang disukainya iaitu Im Ju Gyeong, Lee Su Ho yang acapkali menunjukkan sisi dirinya yang tampak tabah dan tegas sebelum ini, tiba-tiba menjadi terkesima dan mudah menggelabah.

Moon Ga Young dikenali menerusi drama-drama seperti SBS Jealousy Incarnate, MBC Tempted / Great Seducer dan baru saja membintangi drama MBC Find Me in Your Memory. True Beauty bakal mendapat arahan PD Kim Sang Hyub (“MBC Extraordinary You”) dan penulis skrip Lee Si Eun (“Rude Miss Young Ae”). Tiada lagi kata putus mengenai tarikh tayangan drama ini.

Sumber: IS Plus, hankookilbo

loading...