Luluh hati seorang isteri apabila lelaki yang disangka mencintainya selama ini sebenarnya seorang gay.
Begitulah kejutan dalam satu adegan penting di dalam episod terbaru drama tvN My Unfamiliar Family ditayangkan semalam. Kim Eun Joo (lakonan Chu Ja Hyun) mengesyaki sesuatu tidak kena daripada perilaku suaminya, Yoon Tae Hyung (lakonan Kim Tae Hoon) sehinggalah dia menjumpai laman ‘chat room’ gay di dalam laptop milik suaminya ketika suaminya pergi menghadiri persidangan.
Kim Eun Joo bersemuka sendiri dengan Yoon Tae Hyun bagi mendapatkan penjelasan berkenaan rahsia yang disimpan olehnya selama ini. “Mak kau kata anaknya tak sesekali buat salah. Orang lain macam dah tahu rahsia kau dan ketawa. Kenapa nak lari dari aku?,” tanya Kim Eun Joo kepada Yoon Tae Hyun.
Bagaimanapun, pertanyaannya mendapat reaksi negatif daripada suaminya yang segera menerkam lehernya dan merebahkannya di atas sofa. “Ya jika kau dah baca keratan mesej ‘chatroom’, itulah personaliti aku selama ini. Memang agak teruk. Ia sudah berakhir,” kata Yoon Tae Hyung. Sambil menghentak-hentak suaminya, Kim Eun Joo menjerit, “Kenapa kau mengandungkan aku. Kau pun tahu begitu perit hati seseorang kerana kau pun seseorang doktor?.” Adegan itu telah membuatkan penonton berasa sedih berikutan perasaan Yoon Tae Hyung terhadap Kim Eun Joo selama ini hanyalah bersifat kepura-puraan semata-mata.
Drama tvN “My Unfamiliar Family”menyelongkar kisah perhubungan dan salah faham antara orang asing yang dianggap seperti keluarga dengan ahli keluarga yang dianggap seperti orang asing. Watak Kim Eun Joo ditakrifkan sebagai anak sulung dalam keluarga dan serorang yang bersifat dingin. Pernah menjadi wanita berkerjaya berkelayakan tinggi yang lulus dari universiti berprestij dan bekerja sebagai peguam, dia kini menjadi suri rumah yang mempunyai masalah untuk mempercayai siapa pun tentang masalahnya.
tvN “My Unfamiliar Family” boleh ditonton menerusi VIU Malaysia.
Sumber: asiae