Jeongyeon berkongsikan beberapa foto kenangannya bersama rakan-rakan TWICE lain menerusi akaun rasmi Twicetagram.
Salah satunya ialah gambarnya berlumuran dengan cat mendapat perhatian netizen. Jeongyeon tetap kelihatan cantik dengan rambut kuning berbaur warna-warni cat, lebih-lebih lagi dengan matanya yang menikam hati netizen. Dalam perspektif netizen lain pula, gambar-gambar yang dikongsikan tersebut seolah-olah mengunjurkan maksud tersirat disebalik perubahan emosi dialami oleh Jeongyeon yang kini terpaksa bergelut dengan sakit belakang yang dialaminya sejak beberapa minggu yang lalu. Barangkali, beliau sudah memutuskan untuk tetap setia bersama TWICE ke mana-mana saja meskipun keadaan fizikalnya kini mungkin tidak mengizinkan.
Jeongyeon kini sedang bergiat aktif mempromosikan album More&More.
Sumber: heraldpop