Seorang penerbit merangkap produser muzik, Dandi bakal didakwa di mahkamah Seoul Timur tak lama lagi selepas didapati merogol adik perempuan kepada kawan baiknya sendiri.
Dandi (32 tahun) atau nama sebenarnya Ahn Jun Min telah berkunjung ke rumah kawan perempuannya di mana adik perempuannya tinggal bersama. Sewaktu kejadian, Dandi dikatakan mengekori adik kawannya itu ke bilik sebelum merogolnya itu ketika kedua-duanya sedang tidur nyenyak.
Dandi mendakwa kejadian itu tak pernah berlaku sesama sekali, namun bukti DNA menunjukkan sebaliknya.
Dandi pernah menghasilkan lagu popular Kwiyomi pada tahun 2013 sehingga tertular di Malaysia pada suatu masa dahulu selain pernah membuat kemunculan di dalam beberapa program tv seperti Mnet Show Me The Money 4 dan terkini, TV Chosun Mr. Trot. Beliau juga pernah menubuhkan syarikat agensi sendiri, SD Entertainment sebelum terpaksa meletakkan jawatan kemudian sebaik saja ditahan polis.
Sumber: joins