4 orang jejaka kacak dari OUI ini berkemungkinan akan ‘debut’ dalam satu kumpulan kpop baru tak lama lagi

Image may contain: 4 people, selfie and closeup

Tidak banyak maklumat dapat diceritakan mengenai kumpulan kpop baru yang bakal ditubuhkan oleh OUI Entertainment ini. Baru-baru ini, OUI mengeluarkan teaser OUIBOYS dengan agakan kumpulan baru tersebut bakal dianggotai oleh sekurang-kurangnya enam orang.

Dikit demi dikit, kelibat keempat-empat orang jejaka ini diperkenalkan satu-persatu dengan Kim Yo Han, bekas ahli X1 sebagai salah seorang pengemudinya. Tiga lagi ahli lain ialah Jang Dae Hyun, Kang Seok Hwa, dan Kim Dong Han. Kim Dong Han dan Jang Dae Hyun merupakan bekas pelatih Produce 101 musim ke-2 dengan Kim Dong Han pernah diberi peluang untuk bernaung di bawah kumpulan JBJ sebelum kumpulan itu terbubar pada April 2018. Kang Seok Hwa pula pernah menyertai YG Treasure Box sekejap sebelum menyertai Produce X 101 bersama-sama dengan Kim Yo Han di bawah cabang OUI Entertainment kemudiannya.

Dari kiri: Kim Yo Han, Jang Dae Hyun, Kim Dong Han dan Kang Seok Hwa

Walaubagaimanapun, identiti dua orang ahli lagi di dalam teaser dikemukakan itu masih menjadi misteri. Khabar angin mengatakan mereka ialah Yoo Yong Ha dan Kim Jun Seo, yakni pelatih yang sama bernaung di bawah OUI, meskipun sumber ini tidak dapat disahihkan kebenarannya.

Jika tiada aral yang melintang, kumpulan kpop yang belum ada namanya ini dijangka akan debut tak lama lagi, berkemungkinan pada akhir tahun ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang keempat-empat orang jejaka berikut, boleh capai instagram mereka di bawah:

View this post on Instagram

주말 잘 보내고 계신가요~~?ㅎㅎ

A post shared by 김요한 (@y_haa.n) on

View this post on Instagram

☀️☀️

A post shared by 김동한 (@don9_han) on

Sumber: allkpop, OUI Ent.