Shin Hye Sun & Kim Jung Hyun sah bintangi drama sageuk tvN terbaru, Queen Cheorin

Image may contain: 2 people, closeup

Kim Jung Hyun, Shin Hye Sun, Bae Jong Ok dan Kim Tae Woo sudah menyatakan persetujuan membintangi drama tvN terbaru berjudul “Queen Cheorin”.

tvN Queen Cheorin berkisarkan tentang seorang lelaki dari masa depan dengan rohnya terperangkap dan mendiami tubuh seorang pemaisuri di zaman Joseon. Shin Hye Sun akan membawakan watak Kim So Yong, seorang pemaisuri dengan roh seorang tukang masak lelaki yang terperangkap di dalamnya manakala Kim Jung Hyun pula akan memegang watak raja Cheol Jong, di luarnya tampak senang diperkotak-katikkan kerana suka membuatkan orang tertawa dengan perangainya kelakar tapi di dalam rupanya tajam seperti pisau.

Bae Jong Ok akan membawakan watak Pemaisuri Soo Won, orang yang sangat berkuasa di dalam politik istana manakala Kim Tae Woo pula sebagai Kim Jwa Geun, adik kepada Soo Won yang begitu dahagakan kuasa.

tvN Queen Cheorin bakal ditulis oleh gandingan Park Gye Ok (“KBS Doctor Prisoner”,”KBS Inspiring Generation”) dan Choi Ah Il serta mendapat arahan daripada Yoon Sung Shik (“KBS Hwarang”).

Sumber: enews24

loading...