YoungHoon The Boyz, Lee Ruby & Park Ji Hoon bakal disatukan untuk drama adaptasi webtoon, Love Revolution

Image may contain: 3 people, closeup

Cenel digital Kakao M berkenan untuk menerbitkan drama web pendek terbaru yang diadaptasikan daripada webtoon “Love Revolution” hasil nukilan lebih 232 orang penulis.

YoungHoon daripada kumpulan The Boyz, Lee Ruby, pendatang baru daripada KingKong Entertainment serta Park Ji Hoon, bekas ahli Wanna One merangkap bekas pelakon kanak-kanak popular telah pun bersetuju untuk membintangi drama ini dalam satu kenyataan berbeza dikeluarkan oleh agensi mereka masing-masing.

“Love Revolution” bergenrekan ‘gag’ komedi romantik, akan menyelongkar berbagai-bagai konflik seperti hubungan cinta terjalin, persahabatan serta impian sekumpulan remaja dalam meneroka kehidupan dengan masing-masing telah terjatuh cinta dengan seorang wanita persis dewi, Wang Ja Rim.

Park Ji Hoon akan membawakan watak Gong Ju Young, yakni teman lelaki kepada Wang Ja Rim, lakonan Lee Ruby manakala YoungHoon pula bertindak sebagai kawan kepada Gong Ju Young yang akan memberikan nasihat kepadanya tentang hal-hal cinta.

Ini merupakan drama pertama Park Ji Hoon semenjak jtbc Flower Crew: Joseon Marriage Agency serta drama pertama lakonan kedua-dua Lee Ruby dan YoungHoon The Boyz sebagai teraju utama. Lee Ruby pernah membuat cameo sekejap di dalam tvN Memorist.

“Love Revolution” dijangka akan memulakan penggambaran pada bulan Jun ini dan disiarkan menjelang pertengahan tahun 2020 ini.

Sumber: topdaily, IS Plus

loading...