Kim Da Mi & Ahn Hyo Seop masing-masing berjaya dinobatkan sebagai pemenang Best New Actor dan Best New Actress masing-masing di dalam 59th Baeksang Art Awards.
Ahn Hyo Seop menerusi lakonan di dalam SBS Dr. Romantic 2 mengalahkan Kim Kang-hoon (“KBS When the Camellia Blooms”) , Ahn Bo-hyun (“Itaewon Class”) , Ong Seong-wu (“jtbc Moment At Eighteen”) , dan Lee Jae-wook (“MBC Extraordinary You”) di dalam kategori yang sama manakala Kim Da Mi menerusi lakonan di dalam jtbc Itaewon Class menewaskan Jeon Mi-do (“tvN Hospital Playlist”) , Jeon Yeo-been (“Netflix Be Melodramatic” , Jung Ji-so (“tvN The Cursed) dan Han So-hee (” jtbc The World of the Married”). Kemenangan Kim Dang Mi mendatangkan kejutan kepada netizen memandangkan beliau mengalahkan calon kegemaran, Jeon Mi Do dan Han So Hee.
Ahn Hyo Seop yang menerima trofi itu sendiri tidak tahan sebak kerana diberikan pengiktirafan berkenaan. “Terima kasih. Saya tidak mampu lagi berdiri di sini. Saya menghargai segala kasih dicurahkan oleh peminat, keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih SBS dan penonton kerana benarkan saya berlakon di dalam Dr. Romantic 2. Saya juga mahu tujukan anugerah ini khas buat pegawai kesihatan yang bersengkang-mata tiap-tiap hari,” katanya.
Kim Da Mi yang menerima trofi tersebut berkata, “Terima kasih. Sangat terharu berada di antara calon-calon hebat, tetapi saya rasa dihormati menerima anugerah ini. Saya berasa dihargai kerana menemui pelakon-pelakon yang baik di dalam Itaewon Class.”
Sumber: IS Plus