Ini dia 5 seleksi drama Korea terbaru yang akan bersiaran sepanjang Jun 2020

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

Selamat Hari Raya Aidilfitri, gais! Diam tak diam, kita dah hampir masuk bulan Jun 2020. Cepatnya masa berlalu and yes we are still facing with pandemic Covid-19.  AND yes we are now apply the new norm, such wearing mask, using hand sanitizer regularly, apply social distancing and more.

Apapun, drama Korea akan sentiasa ditayangkan. So, penulis tetap sediakan list drama Korea terbaru dengan pelbagai seleksi dan genre. Mungkin boleh lagi menambah bucket list korang sedia ada. Well, ada 5 buah drama Korea terbaru yang akan mula bersiaran sepanjang Jun ini. So, let’s check it out the list.

 

1. My Unfamiliar Family (tvN)

“My Unfamiliar Family” menceritakan tentang kisah perhubungan dan salah faham antara orang asing yang dianggap seperti keluarga dengan ahli keluarga yang dianggap seperti orang asing.

Dalam drama ini dapat dilihat seiring bertambahnya usia, seseorang akan memiliki sedikit waktu untuk dihabiskan bersama keluarga. Boleh dikatakan mereka akan menjalani kehidupan sendiri. Mereka kini juga membahagikan waktu untuk orang lain yang mungkin saja jadi pasangan hidupnya dan saling berkongsi perasaan dan rahsia bersama.

Han Ye Ri akan membintangi drama tersebut sebagai Kim Eun Hee, seorang yang optimis dan terlalu bertimbang rasa, serta merupakan anak perempuan kedua dalam keluarganya. Kim Eun Hee bekerja disyarikat penerbitan dan sebagai anak kedua, dia boleh membaca fikiran orang lain melebihi fikirannya sendiri. Dia akan menghadapi peristiwa yang tidak dijangka yang akan menggegarkan keluarganya. Kim Ji Suk pula sebagai Park Chan Hyuk yang merupakan teman sekuliah Kim Eun Hee dan jurulatih kepada hubungannya untuk membawa kembali Kim Eun Hee dalam dunia percintaan. Sebagai seseorang yang sangat realistik, dia mengetepikan impiannya untuk menjadi jurugambar dan mengemudi syarikat yang ditubuhkannya, Golden Goose Media

Chu Ja Hyun pula sebagai kakak Kim Eun Hee iaitu Kim Eun Joo, anak sulung dalam keluarga dan mempunyai perwatakan yang dingin. Pernah menjadi wanita berkerjaya berkelayakan tinggi yang lulus dari universiti berprestij dan bekerja sebagai peguam, dia kini menjadi suri rumah yang mempunyai masalah untuk mempercayai siapa pun tentang masalahnya. Manakala Shin Jae Ha membawakan watak Kim Ji Woo, adik bongsu dalam keluarga. Dia dapat bergaul mesra dengan Kim Eun Joo yang rasional dan Kim Eun Hee yang sensitif, tetapi dia mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain. Kim Ji Woo juga sering merujuk kepada Park Chan Hyuk dan menganggapkan sebagai abang, serta mengikuti jejaknya untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat Park Chan Hyuk, Golden Goose Media.

Akhirnya, Jung Jin Young dan Won Mi Kyung membawakan watak sebagai ibu bapa mereka iaitu Kim Sang Shik dan Lee Jin Sook.

Menurut pihak produksi, “Drama ini dengan jujur ​​menggambarkan kisah keluarga biasa yang sepertinya dapat kita lihat dalam kehidupan nyata. Mereka akan berusaha menyelesaikan rahsia yang tidak dapat mereka kongsikan sebagai sebuah keluarga, dan penonton akan dapat mengaitkan setiap watak itu yang berusaha untuk lebih dekat antara satu sama lain. “

“My Unfamiliar Family” akan mula bersiaran mulai 1 Jun ini bagi mengisi slot drama Isnin – Selasa menerusi rangkaian tvN.

2. That Guy is the Guy / Men Are Men (KBS)

‘That Guy is the Guy’ atau ‘Men Are Men’ merupakan sebuah drama bertemakan komedi romantis. Ia mengisahkan seorang wanita yang memilih untuk kekal bujang setelah beberapa kali kecewa dalam bercinta dan lelaki yang ingin mengubah persepsi wanita tersebut menerusi cinta. Dapatkah hati si wanita direbut kembali oleh dua jejaka yang berbeza personaliti dan kembali bercinta? Cerita ini akan menggabungkan tema kehidupan masa lalu dengan topik yang realistik seperti perkahwinan dan kekal bujang.

Seo Hyun Joo kemudian bertemu dua pria dengan pesona yang berbeda yang mencoba untuk memenangkan hatinya. Kedua pria itu adalah Hwang Ji Woo (Yoon Hyun Min), CEO dari sebuah perusahaan farmasi, dan Park Do Kyum (Seo Ji Hoon), seorang penulis webtoon populer.

Yoon Hyun Min akan membawakan watak Hwang Ji Woo, CEO syarikat farmasi. Oleh kerana dia jarang tersenyum dan kelihatan menyendiri, dia digambarkan sebagai seseorang yang sukar dibaca sejak dia masih muda. Hwang Ji Woo berkemampuan untuk kembali kepada kehidupannya yang lalu.

Hwang Jung Eum pula membawakan watak Seo Hyun Joo, pengurus pasukan webtoon. Dia sangat teliti dalam hal pekerjaannya, dan penulis yang bekerja dengannya telah mencapai No. 1 berkat kerja kerasnya. Biarpun ramai yang cuba untuk mengelak daripada Seo Hyun Joo yang terlalu terperinci, namun pada akhirnya mereka pasti akan kembali merujuk tentang hal pekerjaan dengannya. Biarpun mempunyai personaliti yang mempersona, Seo Hyun Joo sering bernasib malang dalam hal percintaan dan memilih untuk kekal bujang.

Manakala Seo Ji Joon membawakan watak Park Do Gyeom, seorang penulis webcomic yang popular. Dia seorang yang peramah malah dirinya dan Seo Hyun Joo rapat ibarat adik beradik. Namun, dalam diam, Park Do Gyeom sudah lama menaruh hati kepada Seo Hyun Joo.

Drama ini bakal menggantikan “Born Again” dan siarannya ditunda tayangannya kepada bulan Julai. ‘That Guy is the Guy’ ataupun ‘Men Are Men’ bakal bersiaran mulai 7 Julai depan menerusi rangkaikan KBS World TV Ch 391 dan Ch 392 HD serta boleh ditonton menerusi Astro Go bagi mengisi slot drama Selasa – Rabu mulai pada 9.10 malam.

3. Convenience Store Morning Star / Backstreet Rookie (SBS)

Drama ini berdasarkan adaptasi webtoon popular dengan tajuk yang sama, “Convenience Store Saet Byul”. Ia bertemakan romantik yang mengisahkan pemilik kedai serbaguna Choi Dae Hyun (lakonan Ji Chang Wook) dan pekerja part-time Jung Saet Byul (lakonan Kim Yoo Jung). Drama ini akan mendapat sentuhan Lee Myung Woo, PD yang pernah terlibat dibelakang drama hit SBS pada 2019 iaitu “The Fiery Priest.”

Dalam drama ini, Chou Dae Hyun memiliki wajah yang tampan, namun tidak disangka dia tetap mempunyai sisi yang sengal, di mana dia akhirnya menjalankan perniagaan kedai serbaneka diusia muda selepas meninggalkan kerjanya disebuah syarikat besar. Di sana, dia bertemu dengan Jung Saet Byul yang cekal dan jelik. Jung Saet Byul tekad untuk meninggalkan kenangan masa lepas dan memulakan kehidupan yang baru sebagai wanita muda yang sanggup berjuang demi keadilan.

“Convenience Store Saet Byul” atau “Backstreet Rookie” akan bersiaran di SBS mulai 19 Jun depan bagi menggantikan drama “The King : Eternal Monarch” bagi mengisi slot drama Jumaat – Sabtu.

YES! We hear YOU 😉Get ready to be dazzled by the charms of eye-candy Ji Chang Wook and Kim Yoo Jung, as ONE brings you…

Posted by ONE TV Asia on Wednesday, June 17, 2020

Apa yang menarik drama ini juga akan bersiaran di ONE TV Asia Ch 393 mulai 27 Jun depan bagi mengisi slot drama Sabtu dan Ahad pada jam 6.10 petang. “Backstreet Rookie” juga boleh ditonton menerusi Astro Go. 

4. I’m a Psychopath but that’s Okay / It’s Okay Not To Be Okay / Psycho But It’s Okay (tvN)

tvN ‘Psycho But It’s Okay’ berkisarkan tentang seorang pekerja kesihatan yang ditugaskan menjaga wad pesakit jiwa dengan tawaran gaji lumayan dan menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang pesakit di bawah jagaannya yang merupakan seorang penulis novel fiksyen kanak-kanak yang menghidapi penyakit kecelaruan personaliti pinggiran (“Antisocial Personality Disorder”) dengan perangai yang kurang ajar serta mementingkan diri sendiri. Premis drama ini akan membayangkan seorang lelaki yang tak percaya akan cinta tapi akhirnya terjatuh hati kepada wanita yang tak sedar pun dirinya sedang dilamun cinta.

Kim Soo Hyun akan memegang watak Moon Kang Tae, seorang pekerja wad pesakit jiwa yang dikurniakan dengan kelebihan menakjubkan seperti memiliki tubuh yang sasa, otak yang pintar, mudah bersimpati dengan orang lain, kesabaran yang tiada had, dan kemahiran untuk bertindak dengan pantas apabila berlakunya kejadian tak diingini. Keputusan Moon Kang Tae untuk  bekerja di tempat tersebut barangkali kerana mahu menjaga abangnya yang lebih tujuh tahun tua daripadanya dan seringkali menunjukkan tanda-tanda autism.

Seo Ye Ji pula akan membawakan watak sebagai Go Moon Young, seorang penulis novel fiksyen kanak-kanak yang menderita penyakit kecelaruan personaliti pinggiran (“Antisocial Personality Disorder”/ ASPD). Dia dibesarkan oleh ibunya yang merupakan novelis misteri dan seorang ayah yang merupakan profesor pengajian bahasa Korea di sebuah universiti terkemuka. Dia sering dibuli dizaman kanak-kanak sehingga terganggu emosinya dan tidak dapat menghabiskan masa dengan kanak-kanak yang lain. Bagaimanapun, setelah dewasa Go Moon Young menjadi seorang penulis buku kanak-kanak yang popular.

Oh Jung Se akan melakonkan watak seorang autisme bernama Moon Sang Tae, yang merupakan ilustrator yang sangat berbakat. Moon Sang Tae merupakan abang serta ahli keluarga yang masih ada buat Kang Tae (Kim Soo Hyun) dan itu adalah alasan terbesar bagi Kang Tae untuk meneruskan kehidupan ini. Jangan ketinggalan untuk saksikan bromance dan chemistry yang akan terjalin antara Oh Jung Se dan Kim Soo Hyun dalam drama ini.

Manakala, Park Gyu Young membawakan watak Nam Joo Ri, seorang jururawat di wad pesakit jiwa di mana Moon Kang Tae turut bekerja. Nam Joo Ri terdahulu tinggal di Seoul dan kemudian berpindah ke kampung halaman dek kerana ibunya yang sakit dan akhirnya mendapat kerja sebagai jururawat. Dia bukan sahaja rakan sekerja Moon Kang Tae malah keduanya seakan serasi dalam persahabatan dan percintaan.

tvN ‘Psycho But It’s Okay’ akan mendapatkan khidmat pengarah Park Shin Woo (“SBS Jealousy Incarnate”) dan juga penulis skrip, Jo Yong (“KBS Jugglers”). Ia akan disiarkan pada 20 Jun depan menerusi Netflix bagi mengisi slot drama Sabtu dan Ahad mulai jam 9.30 MYT. 

5. Do you like Brahms? (SBS)

SBS ‘Do You Like Brahms?’ berkisarkan tentang sekelompok pelajar di sekolah muzik terkenal yang gigih berlatih sejak kecil dari usia 3 atau 4 tahun lagi,  untuk menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa dengan peranan ibu bapa dan cikgu muzik mereka yang begitu obses dengan perkembangan mereka. Premis drama ini mungkin mengingatkan peminat kdrama pada drama adaptasi Nodame Cantabile ditayangkan di KBS pada beberapa tahun lalu.

Kim Min Jae ditawarkan watak sebagai pemain piano berbakat bernama Park Jun Young. Park Jun Young yang bermula main piano ketika berusia 6 tahun, telah memenangi beberapa pertandingan muzik antarabangsa, malah berjaya menggapai juara gelanggang di negaranya sendiri. Merupakan anak kepada pengusaha restoren yang tiada pengetahuan dalam muzik klasik, Park Jun Young telah dibiayai hidupnya oleh sesebuah organisasi untuk bergelar pemain piano sepenuh masa.

Manakala Park Eun Bin pula akan melakonkan watak Chae Song Ah, bekas pelajar perniagaan universiti yang masuk semula sebagai pelajar muzik dalam bidang pembelajaran violin. Setelah gagal empat kali, akhirnya Chae Song Ah mampu bergelar pemain violin namun statusnya sebagai pelajar senior lebih tua tujuh tahun menimbulkan tanda tanya pada rakan-rakan di dalam fakulti muzik.

Lee Yoo Jin akan memegang watak Yoon Dong Yoon, rakan Chae Song Ah dan guru biola. Dia cukup baik untuk lulus dari universiti yang berprestij, tetapi setelah mempertimbangkan prospeknya secara realistik, dia menjadi pembuat dan pembaik instrumen tali. Sebagai guru Chae Song Ah, dia sepenuh hati mendukung usahanya.

Park Ji Hyun pula melakokan watak Lee Jung Kyung, pemain biola berbakat yang lulus dari universiti berprestij. Dia adalah cucu perempuan dari keluarga chaebol dan kemudian menjadi terkenal kerana statusnya. Namun, setelah kematian ibunya secara tiba-tiba, dia memutuskan untuk menjalani kehidupan yang biasa.

Pengarah Jo Young Min bekerjasama dengan Ryu Bo Ri sebagai penulis skripnya bagi slot tayangan SBS ini. ‘Do You Like Brahms?’ akan menggantikan drama “Good Casting” mulai 23 Jun bagi mengisi slot Selasa – Rabu di ONE TV Asia Ch 393 pada jam 8.10 malam.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini untuk sebarang perubahan. Happy watching, guys!