Suga BTS, artis solo Korea pertama tembusi top 10 album terlaris dalam seminggu di United Kingdom

Suga BTS mencipta sejarah sebagai artis solo Korea pertama berjaya meletakkan album keluarannya, Mixtape ‘D-2’ di dalam kelompok sepuluh album terlaris di United Kingdom di dalam minggu pertama pelancarannya.

Mixtape ‘D-2’ berjaya menempatkan di posisi no.7 di dalam UK Official Album Charts, sekaligus merupakan pencapaian tertinggi yang pernah diraih oleh mana-mana artis solo Korea bagi pengeluaran album solo mereka. Walaubagaimanapun, rekod solo terbaik penyanyi Korea untuk carta dari negara berpaksikan kota London itu masih dipegang oleh PSY, menerusi single ‘Gangnam Styles’ yang tertular sekitar tahun 2012, apabila lagu tersebut berada di kemuncak no.1 di dalam UK Single Charts selama seminggu.

Mixtape ‘D-2’ menghasilkan lagu ‘Daechwita’ sebagai single utama dengan memaparkan penyanyi itu dalam alter ego yang lain, ‘Agust D’ selain gambaran suasana zaman Joseon dengan diselangi muzik-muzik kontemporari tradisional.

loading...