Golden Child tersingkir dari Mnet ‘Road To Kingdom’ serta-merta setelah dapat mata terendah sekali

Kumpulan kpop Golden Child yang bersaing merebut gelaran juara Mnet ‘Road To Kingdom’ akhirnya terpaksa akur dengan pilihan penonton untuk mengundurkan diri daripada maju ke peringkat seterusnya.

Pengumuman tersebut dibuat oleh hos rancangan itu, Lee Dae Hee sewaktu menabalkan pemenang di dalam episod kelima rancangan realiti itu. The Boyz diumumkan sebagai pemenang setelah berjaya memperolehi mata sempurna setinggi 30,000 manakala Golden Child dikeluarkan setelah meraih mata terendah hasil campuran mata diperolehi daripada pusingan pertama, kedua dan ketiga. Episod penyingkiran akhirnya dibuat setelah mengambil kira kesemua pusingan yang disiarkan pada hari ini.

Tangisan mengiringi kesemua ahli Golden Child apabila diumumkan nama kumpulan mereka di tempat terakhir. Dalam terpaksa menerima hakikat penyingkiran mereka, sambil menangis Joochan berkata, “Pentas ini sangat penting untuk tonjolkan diri saya tapi mungkin sebab sayalah keputusan ini terjadi. Saya minta maaf kerana tidak menunjukkan prestasi terbaik saya untuk kali ini.”

Boomin turut mengesatkan air mata sambil berkata, “Lama juga saya ketawa dan berbual dengan abang-abang saya sebelum bersedia ke pentas.” Kemudian, Daeyeol, ketua kempulan Golden Child mengakhiri ucapan sambil berkata, “Keputusan ini menyedihkan, tetapi saya nak bagitahu kesemua ahli sudah buat yang terbaik.”

Seterusnya, setelah diberitahu tentang kedudukan terkini peserta, MC Lee Dae Hee mengumumkan satu kumpulan perlu dipasangkan dengan satu kumpulan lain bagi menyelesaikan tugasan di peringkat seterusnya. TOO dipasangkan dengan VeriVeri, Pentagon dipasangkan dengan OneUs dan terakhir sekali, ONF dipasangkan dengan The Boyz. Lagu “ON” yang dipopularkan oleh BTS diumumkan di dalam tugasan seterusnya.

“Road To Kingdom”, ialah Queendom versi lelaki diterjemahkan sebagai program ‘comeback battle show’ yang disertai oleh beberapa kumpulan K-Pop seperti Golden Child, Pentagon, ONF, OneUS, The Boyz, TOO dan VeriVeri dengan masing-masing membuat kemunculan semula di mana single-single mereka akan diriliskan secara serentak.

Menurut pihak produksi Mnet, pengiraan markah berdasarkan 30% daripada pihak juri manakala 70% pula daripada undian netizen. Kesemua kumpulan tersebut akan bersaing untuk mendapatkan tempat pertama berdasarkan lagu siapa yang berjaya menguasai carta muzik, seterusnya ditabalkan sebagai raja kpop dalam pusingan terakhir. Berikut merupakan keputusan kedudukan terkini kumpulan-kumpulan kpop yang bersaing di dalamnya:

  1. THE BOYZ
  2. ONF
  3. PENTAGON
  4. ONEUS
  5. VERIVERY
  6. TOO
  7. Golden Child

Buat penonton di Malaysia, Mnet ‘“Road To Kingdom” boleh ditonton menerusi langganan di Astro On Demand.

Sumber: newsen, OSEN