Blackpink tambah ahli baru? Lady Gaga akui bangga jadi ahli kelima Blackpink untuk lagu hebat Sour Candy

Lady Gaga, penyanyi pop antarabangsa yang lebih sepuluh tahun menapak di dalam industri muzik, mendedahkan bahawa beliau berbangga dapat berkerjasama dengan Blackpink bagi merealisasikan gandingan duet antara mereka buat pertama kali di dalam satu ‘interview’ dengan majalah Jepun, tvgroove.

“Apabila saya menghubungi mereka untuk menyatakan niat bagi bernyanyi bersama, mereka berasa sangat gembira. Saya mahu meraikan mereka kerana saya sukakan wanita-wanita hebat seperti mereka dan mereka juga mahu meraikan saya. Kolaborasi ini sangat menarik. Saya teruja dapat tahu mereka menginterpretasikan lagu di dalam Korea dan memaklumkan pada mereka bahagian itu sangat kreatif dan menghiburkan. Lagi-lagi, dapat dengar suara mereka mengasyikkan itu,” kata Lady Gaga.

Pernah terfikir Blackpink akan menambah ahli terbaru, Lady Gaga menambah, ” Mereka ialah gadis-gadis yang cantik, malah juga berbakat. Saya berbangga jadi ahli kelima mereka (melalui lagu ini).”

Lagu duet berjudul ‘Sour Candy’ telah dimuatkan sebagai salah satu lagu di dalam album terbaru Lady Gaga, ‘Chromatica’. Album dan lagu duet ini boleh didapati di pasaran bermula tengah malam ini, 29 Mei 2020.

Sumber: tvgroove

loading...