Pelancaran album mini ke-9 oleh TWICE tanggal 1 Jun 2020 ini sememangnya sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat mereka.
Single terbaru, ‘More N More’ bakal dikeluarkan serentak dengan album dengan judul yang sama. Pengumuman tersebut dibuat Jihyo, ketua kumpulan itu di dalam sidang media filem biografi ‘TWICE : Seize The Light’ pada 29 April 2020 lalu. ‘More N More’ merupakan album mini ke-9 yang dikeluarkan TWICE selepas hampir sembilan bulan menyepikan diri dengan album terakhir ialah ‘Feel Special’ pada September 2019.
Setakat ini, pembelian awal album ini telah mencecah jualan sebanyak 500,000 unit sekaligus mengatasi rekod jualan album sebelumnya. Walaupun jualan album yang akan bermula secara rasmi pada 1 hingga 7 Jun 2020 ini tidak dihitung sekali, TWICE telah pun ke hadapan dengan jualan album paling laris dalam kalangan kumpulan kpop wanita untuk tahun 2020, mengatasi rekod yang pernah disandang oleh IZ*One.
Bagi mempromosikan album ‘More N More’ , TWICE dengan kerjasama aplikasi ‘Tik Tok’ akan mengeluarkan lagu di aplikasi tersebut sehari sebelum 1 Jun 2020 menjelma. Kempen #moreandmoretwice dipergiatkan bagi mencabar netizen supaya memaparkan tarian ‘cover’ mereka menerusi ‘Tik Tok’.
Sumber: IS Plus