Peluang ikut serta tonton sidang media drama MBC “Kkondae Intern” secara langsung pada Rabu, 20 Mei

Ok, gais. Rangkaian Astro OhK Ch 394 akan menyiarkan drama terbaru “Kkondae Intern”. Drama ini dibarisi oleh Park Hae Jin, Kim Eung Soo, Han Ji Eun, Park Ki Woong dan ramai lagi. “Kkondae Intern” akan menggantikan slot drama “Find Me In Your Memory”

Apa yang istimewanya, kali ini pihak produksi memberikan peluang kepada peminat untuk menyaksikan sidang media secara langsung bersama barisan pelakon “Kkondae Intern”. Namun, untuk maklumat korang sidang media akan dikendalikan 100% dalam bahasa Korea ya. Tapi, penulis juga tahu, ramai rakyat Malaysia sekarang fasih dalam bahasa Korea, jadi mungkin ini tidak mendatangkan sebarang masalah kepada korang! Pada peminat oppa handsome Park Hae Jin, jangan lepaskan peluang ini tau dan merasai macam korang sendiri yang menghadiri sidang media tersebut.

Korang boleh saksikan sidang media “Kkondae Intern” pada Rabu, 20 Mei jam 1.00 petang waktu tempatan dengan mengakses link-link seperti di bawah:

MBC Facebook – https://www.facebook.com/MBC 

Sedikit sinopsis mengenai drama “Kkondae Intern”.

“Old School Intern” atau “Kkondae Intern” mengambil latarbelakang situasi dipejabat dan bertemakan komedi, ‘bromance’ serta penuh drama. Ia menceritakan seorang bekas pekerja yang melakukan ‘sweet revenge’ terhadap bekas majikannya. Bekas majikannya kini menjadi pekerja bawahannya dan mereka terpaksa bekerja bersama.

Park Hae Jin akan membawakan watak sebagai Ga Yeol Chan, seorang pekerja yang telah berpindah ke syarikat ramyun setelah berdepan tekanan bekerja di bawah bos yang berusia, suka mengarah dan mempunyai fikiran ‘old style’. Di syarikat Jun Su Food, Ga Yeol Chan telah bekerja dengan dengan penuh dedikasi dan bersemangat sehingga dilantik menjadi ketua bahagian pemasaran dan jualan dalam waktu yang singkat.

Namun, pada satu hari, dia kemudian bertemu dengan bekas majikannya Lee Man Shik yang dilakonkan oleh Kim Eung Soo.  Kali ini pertemuan keduanya dalam situasi yang berbeza apabila Lee Man Sik adalah pelatih senior di bawah kelolaan Ga Yeol Chan. Kisah balas dendam Ga Yeol Chan akan bermula disamping aksi ‘bromance’ antara kedua-dua lelaki ini yang akan digambarkan secara realistik dan sedikit aksi komik.  Pasti menarik untuk saksikan mereka beraksi tambahan Ga Yeol Chan yang ‘perfectionist’ itu sebenarnya seorang yang cuai dalam kehidupan seharian.

Selain Park Hae Jin dan Kim Eung Soo, drama ini akan dilakonkan oleh Han Ji Eun yang memegang watak Lee Tae Ri, juga seorang pelatih baru dibahagian pemasaran. Lee Tae Ri digambarkan sebagai seorang yang aneh, lucu dan kurang motivasi. Manakala Park Ki Woong pula memegang watak Namgoong Jun Su, CEO Jun Su Foods yang angkuh. Namgoong Jun Su adalah anak lelaki tunggal kepada pengerusi syarikat namun tidak mempunyai sebarang kuasa tanpa mendapat kelulusan daripada ayahnya. Dia tidak mempedulikan pekerja yang lain kecuali Ga Yeol Chan yang rapat dengannya.

“Old School Intern” akan diarahkan oleh PD Nam Sung Woo yang sebelum ini mengarahkan drama “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo” dan “100 Days My Prince” dan kripnya dinukilkan oleh Shin So Ra, yang pernah memenangi hadiah utama pertandingan penulisan skrip anjuran MBC pada 2018. Drama ini akan mula bersiaran pada Khamis (21 Mei) setiap Khamis dan Jumaat jam 7.50 malam di OhK! TV Asia Ch394 atau menerusi Astro Go.

So, gais kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai drama ini dan barisan pelakon, jangan lupa esok jam 1 petang ya menerusi tiga medium pilihan untuk korang tonton.