Dituduh menyokong penindasan binatang, Yoo Seung Ho tunjuk dua kucing belaan dalam keadaan sihat walafiat

Yoo Seung Ho membalas respon penuh kontroversi daripada seorang Youtuber yang disyaki sebagai verterinar berkenaan dua kucing yang diambilnya sebagai anak angkat daripada Gapsu Ranch. Gapsu Ranch baru-baru ini dikecam kerana dikatakan menindas binatang-binatang dalam kurungan.

“Simba dan Autumn dalam keadaan baik. Nama sudah ditukar kepada Gomi-Simba dan Dori-Autumn. Kedua-duanya suka makan, tidur dan saling bermain.  Binatang tidak mempunyai cukup masa untuk disayangi buat selama-lamanya. Janganlah jadikan mereka sebagai barang dagangan jual beli,” kata Yoo Seung Ho membuktikan kedua-dua kucing belaannya berada dalam keadaan baik sekali di dalam satu kenyataan di instagram.

Yoo Seung Ho baru saja selesai membintangi drama tvN Memorist. Beliau juga pernah membintangi drama Imaginary Cat yang memaparkan dirinya sebagai pembela kucing terbiar.

Sumber: insight

loading...