Dua pemuzik hebat ini, IU dan Suga BTS akan berkolaborasi untuk projek terbaru IU Mei ini

Penyanyi serba boleh, IU akan meriliskan lagu terbaru pada Mei ini sempena projek kemunculan semulanya.

Pada 27 April, agensinya EDAM Entertainment memberitahu bahawa IU kan meriliskan digital single pada 6 Mei depan dengan koloborasi bersama Suga BTS. Sesuatu yang mengujakan bukan, memandangkan IU dan Suga keduanya mempunyai stail muzik yang berbeza. Keduanya sama hebat.

Menurut agensi IU, “Sebagai pemuzik yang sebaya umurnya, kedua mereka mudah serasi dan menggunakan kelebihan itu untuk bertukar pandangan. Mereka telah bekerjasama dengan baik dan mencipta sinergi unik yang tersendiri dalam penghasilan lagu tersebut “

IU dikhabarkan telah siap menjalani pengambaran video muzik untuk lagu baru, yang digambarkan oleh agensinya sebagai gaya yang berbeza daripada muziknya terdahulu. Penyanyi ini juga secara peribadi mengambil bahagian dalam setiap tahap proses produksi, dari menyusun muzik dan lirik hingga pemilihan konsep keseluruhan untuk single tersebut.

Tidak sabar rasanya untuk menikmati buah tangan terbaru yang boleh dikatakan istimewa dari IU dan Suga. Memandangkan keduanya berbeza muzik, pasti hasilnya sesuatu yang menyegarkan di mana penyatuan muzik mereka akan berlaku. So, gais, stay tuned for more on the song.

Sumber : Newsen

loading...