“Good Casting” rekod sehingga dua digit tontonan pada tayangan perdananya semalam

Drama terbaru SBS “Good Casting” telah merekodkan permulaan yang hebat, sehingga meninggalkan kesemua drama lain bagi slot malam Isnin-Selasa untuk menjadi drama No.1 paling ditonton.

“Good Casting” yang dibintangi oleh Choi Kang Hee, Yoo In Young, dan Kim Ji Young, adalah sebuah komedi aksi mengenai tiga ejen Perkhidmatan Perisikan Nasional (NIS) yang tiba-tiba muncul di lapangan setelah mereka menerima tugasan sekali seumur hidup untuk menyelamatkan negara mereka.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Nielsen Korea, tayangan perdana “Good Casting” mencatatkan purata tontonan sebanyak 9.5% dan 12.3% di seluruh Korea Selatan. Rekod ini berjaya mengatasi rekod tontonan bagi drama SBS sebelumnya iaitu “Nobody Knows” yang mencatatkan purata tontontan sebanyak 11.4%. Pada waktu kemuncak, “Good Casting” berjaya mencapai 14.3% purata tontonan.

MBC “365: Repeat the Year” menyaksikan sedikit peningkatan sebanyak 0.2% dari episod sebelumnya, dengan mencatat 4.4% dan 4.9% untuk episod terbarunya, sementara drama KBS2 “Born Again” nampaknya turut mencatat peningkatan sebanyak 0.7% dengan mencatatkan rekod tontonan 2.8% dan 3.5% .

tvN “A Piece of Your Mind,” yang mana telah dipendekkan menjadi 12 episod mengekalkan rekod tontonan sama seperti episode sebelumnya iaitu 1.1%.  Episode terakhir drama ini akan disiarka pada 28 April (hari ini).

Drama SBS “Good Casting” akan mula disiarkan di ONE TV Asia Ch 393 mulai malam ini jam 8.10 malam, manakala MBC “365 : Repeat The Year” boleh ditonton menerusi OhK TV Asia Ch 394 jam 7.50 malam dan KBS2 “Born Again” dapat ditonton di KBS World TV Ch 391 dan Ch 392HD pada jam 9.10 malam. Ketiga-tiga drama mengisi slot drama Selasa-Rabu dan boleh juga ditonton menerusi Astro Go.

Sumber : Yonhap | mk.co

loading...