Lee Seung Gi dan Choi Jin Hyuk sedang mempertimbangkan tawaran lakonan di dalam drama tvN Mouse yang akan menyaksikan gandingan mereka semula sejak MBC Gu Family Book.
tvN Mouse merupakan sebuah drama berkisarkan tentang kegilaan seorang bergelar psikopat. Drama ini dinukilkan oleh Choi Ran (“OCN Black”,”SBS God Gift 14 Days”). Kedua-dua Lee Seung Gi dan Choi Jin Hyuk ditawarkan watak detektif dan akan bersaing sama sendiri untuk memburu pembunuh psikopat tersebut. Lee Seung Gi akan melakonkan watak Jung Ba Reum yang berubah hidupnya selepas terbabit di dalam kemalangan.
Choi Jin Hyuk baru saja membintangi drama OCN Rugal manakala Lee Seung Gi sedang sibuk dengan program realiti tv kendaliannya, SBS Master in The House.
2 Jun 2020 – Lee Seung Gi baru saja mengesahkan akan membintangi drama ini. Tiada maklumat lanjut tentang siapakah bakal mengarahkan drama ini. Ia dijadualkan tayangannya menjelang awal tahun hadapan, 2021.