Kumpulan duo Bolbbalgan4 retak menanti belah sebaik saja Ji Yoon putuskan untuk menjadi artis solo

Berita sedih buat penggemar muzik Kpop apabila kumpulan duo yang agak terkenal di Korea, Bolbbalgan4 secara teknikal telah terbubar akhirnya apabila Ji Yoon mengambil keputusan untuk bergerak secara solo.

Menurut jurucakap label mereka, Shofar Music yang dipetik berkata, “Ji Yoon nak keluar daripada Bolbbalgan4 kerana mahu tumpukan kepada kerjaya solo. Kami hormat keputusan Ji Yoon, dan nama Bolbbalgan4 tetap kekal dengan seorang ahli sedia ada, Ahn Ji Young tanpa pertambahan ahli baru. Kami berasa bersalah kepada peminat kerana kedua-dua duo ini tidak akan bersama lagi. Oleh itu, Bolbbalgan4 kini akan dihebahkan sebagai kerjaya solo Ahn Ji Young yang mana albumnya akan dikeluarkan menjelang Mei ini.”

Bolbbalgan4 berjaya menembusi pasaran muzik Korea sejak beberapa tahun ini dengan meraih no.1 di dalam carta digital Gaon selama berminggu-minggu menerusi lagu “Some”, “Travel”, “Bom” dan “Workaholic” masing-masing melalui album Red Diary Page.1 (2017), Red Diary Page.2 (2018) , Puberty Book Ⅰ Bom (2019) dan Two Five (2019). Mereka dinamakan antara kumpulan kpop perempuan paling laris di Korea dari segi bilangan single yang telah terjual.

Sumber: donga

loading...