Adakah Jaejoong JYJ, disahkan artis Kpop pertama terkena jangkitan virus corona, Covid-19 ?

Jaejoong JYJ mengesahkan dirinya terkena jangkitan Covid-19 sekaligus menjadikannya artis Kpop pertama yang disahkan positif sejak pandemik virus corona itu mula menular di Korea.

Dalam satu kenyataan dibuat olehnya menerusi instagram sebentar tadi, Jaejoong mengaku terkena jangkitan itu akibat kecuaiannya kerana tidak mendengar arahan ditetapkan oleh pihak kerajaan Korea bagi mengekang penularan wabak virus corona itu sesama mereka. Jaejoong kini berada di Jepun untuk mempromosikan album terbarunya di sana.

“Saya betul-betul minta maaf kepada mereka yang dijangkiti kerana saya, macam mana perbuatan cuai seseorang itu memberi kesan pada masyarakat. Kebodohan saya selama ini menyebabkan saya tersadai di hospital sekarang. Minta maaf tentang perkara yang silam. Banyak lagi saya mahu jelaskan. Saya rindukan kamu semua,” kata Jaejoong.

Bagaimanapun, pengakuannya itu mendapat respon berbeza daripada netizen kerana penyanyi itu pernah bergurau pada hari April Fool sebelum ini yang kebetulan jatuh pada hari ini seperti tersentak di atas pentas ataupun kononnya ingin berkahwin. Apapun, pengesahan terkena jangkitan Covid-19 bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main dan Jaejoong pastinya tahu akan akibatnya jika beliau hanya berniat untuk bergurau-senda.

Agensinya, CJ Entertainment juga tak mahu mengulas lanjut dan meminta pihak media mendapatkan kenyataan lanjut daripadanya.

Semoga Jaejoong cepat sembuh.

Sumber: IS Plus

loading...