‘Dimarahi’ kerana datang lewat ke konti radio, Kim Min Jae bagi alasan jalan sesak teruk

Kim Min Jae sepatutnya diundang ke sesi temubual bersama deejay Park So Hyun di dalam SBS Power FM pada 7 petang semalam, tetapi beliau tidak munculkan dirinya pada waktu yang ditetapkan.

Selepas 15 minit berlalu, Park So Hyun terus menghubungi Kim Min Jae. Perbualan mereka telah dirakamkan secara langsung menerusi corong radio. “Kalau kamu tak nak datang, jangan bagitahu saya kamu tak de masa,” gertaknya.

“Tengah gerak cepat ini, cuma kereta tersangkut (di atas jalan),” jawab Kim Min Jae dengan nada kecewa.

“Nampaknya kereta dia memang tersangkut. Mungkin trafik teruk akibat jalan sehala,” bebel Park So Hyun buat pendengarnya.

“Saya minta maaf, saya tak tahu apa nak buat,” kata Kim Min Jae lagi.

Bagaimanapun Kim Min Jae tak melarikan diri, sebaliknya tetap juga hadir walaupun sedikit lewat. Sebaik saja Kim Min Jae sampai, Park So Hyun memaklumkan kedatangannya kepada pendengar sekalian.

“Dia sudah sampai. Saya akan cepatkan sesi temubual kita. Banyak-banyak bersabar ya,” kata Park So Hyun.

Di dalam sesi temubual tersebut, Kim Min Jae mendedahkan rahsia dia dan pelakon Ahn Hyo Seop sebenarnya bekas pelatih idol yang pernah tinggal bersama-sama. Mereka terpaksa membawa haluan berbeza selepas itu dengan Kim Min Jae menyertai Mnet ‘Show Me The Money 4’ manakala Ahn Hyo Seop pula berlatih menjadi penyanyi di bawah JYP Entertainment. Mereka bertaut semula menerusi drama SBS Romantic Doctors, Teacher Kim 2 menyebabkan Kim Min Jae terasa amat kekok untuk digandingkan bersamanya.

“Bila kami pertama kali ‘shooting’, saya tak leh nak berlakon. Rasa kekok kerana terpaksa hadap muka antara satu sama lain,” katanya.

Bagaimanapun, hubungannya dengan Ahn Hyo Seop itu agak baik, dengan Kim Min Jae menganggapnya sebagai abang. “Lagu idol itu sangat sesuai dengan abang (Ahn Hyo Seop) tapi saya lagi pandai menari daripadanya. Pada masa itu, saya hanya rap,” cerita Kim Min Jae lagi secara berseloroh tentang pengalamannya.

Sumber: tv report, insight

loading...