Park Bo Gum Mungkin Akan Kembali Dengan Drama Baru – Boyfriend

Pelakon Park Bo Gum dilaporkan telah mendapat tawaran untuk memegang watak utama didalam drama terbaru Yoo Young Ah yang berjudul ‘Boyfriend’

‘Boyfriend’ menceritakan tentang seorang wanita yang seolah-olah dia mempunyai segala-galanya di dunia dan seorang lelaki biasa yang bertentangan sepenuhnya dan seolah-olah dia tidak mempunyai apa-apa. Dengan mereka hanya mahu sekurang-kurangnya satu hari di mana mereka menjalani kehidupan yang sama, drama itu memberi tumpuan kepada persoalan sama ada lebih sukar untuk melepaskan kekayaan dan kehormatan atau gaya hidup yang normal. Skrip ini adalah dari Yoo Young Ah, yang merupakan penulis skrip drama seperti ‘Bel Ami’ dan ‘Entertainer’ dan filem-filem seperti ‘Take Off 2’ dan ‘Brother Annoying Brother’

Pihak pengurusan Bogum iaitu Blossom Entertainment telah mengesahkan mengenai perkara ini

‘It’s true that he has received an offer to appear in the drama ‘Boyfriend.’ However, it’s just one of the dramas that he has received an offer for, and he is currently considering it. Nothing is confirmed as of now’

Pihak agency Bogum juga memberitahu bahawa jadual pengembaraan untuk drama ini masih belum diketahui.

Park Bo Gum telah ditawarkan peranan sebagai Kim Jin Hyuk, seorang yang mudah dan biasa yang mencari sedang mencari kerja sepenuh masa dimana selama ini dia hanya mempunyai kerja sambilan sahaja. Kerana dia terus masih tidak diterima untuk berkerja di syarikat-syarikat yang dikehendaki dia telah membuat keputusan untuk bercuti keluar negara dengan menggunakan duit hasil berkerjanya. Semasa percutiannya itu dia telah berjumpa dengan seorang wanita yang istimewa.

Sekiranya Park Bo Gum menerima tawaran drama ini, ini adalah penampilan semula selepas drama terakhirnya pada 2016 untuk drama KBS ‘Moonlight Drawn by Clouds. Bogum juga masih tidak memberikan apa-apa keputusanya untuk drama terbaru SBS iaitu ‘People of Incheon Airport’

loading...