Ekoran koronavirus, beberapa selebriti Korea batal serta tangguhkan aktiviti seni mereka diseluruh Asia

Beberapa program yang diadakan di Korea dan seluruh Asia telahpun dibatalkan ekoran wabak coronavirus yang melanda Wuhan di China. Bimbang akan keselamatan serta kesihatan orang awam dek kerana virus ini mula merebak, aktiviti melibatkan selebriti Korea terpaksa dibatalkan.

Pada 29 Januari, syarikat produksi yang terlibat dengan pementasan muzikal tentera “The Return” yang dibintangi oleh Onew SHINee , Xiumin EXO,  N VIXX, Jo Kwon, and ramai lagi, telah mengumumkan bahawa beberapa pementasan tersebut telah dibatalkan di kebanyakkan kawasan luar bandar di Korea. “Kami ingin memohon maaf kepada penonton yang negitu teruja untuk menonton pementasan ‘Return.’ Bagaimanapun, demi melindungi kesihatan penonton kami, kami mengharapkan pemahaman anda semua berhubung perkara ini.”

Pementasan yang akan berlangsung bermula 7 sehingga 9 Februari di Ilsan dan Goyang, dan mulai 21 hingga 23 Februari di Ansan telah dibatalkan. Bagaimanapun, pementasan yang dijadualkan pada 31 Januari di Mokpo dan 28 Februari di Gimhae akan berjalan seperti dirancang. Ilsan, Goyang, dan Ansan kesemuanya berdekatan dengan Seoul dan lapangan terbang antarabangsa Incheon. Manakala Mokpo dan Gimhae agak jauh ke Selatan.

Pelakon Jeon So Min juga turut menangguhkan aktiviti fansign nya, yang mana sepatutnya dijadualkan pada 1 Februari. Dia mengumumkan penangguhan aktiviti itu menerusi akaun Instagram peribadinya dan menyatakan, “Saya minta maaf banyak-banyak. Saya juga berharap untuk bertemu dengan semua orang, tetapi untuk melindungi kesihatan semua orang, aktivti fansign telahpun ditunda. Mari sama-sama berjumpa dalam keadaan sekeliling yang sihat lain kali.”

Penerbit Bookrum, yang bertanggungjawab untuk perjumpaan peminat, juga membuat kenyataan menerusi Instagram, menyatakan bahawa ia sebenarnya disebabkan oleh wabak koronavirus dan disebabkan itu mereka memutuskan untuk menangguhkan aktiviti fansign. “Kami akan memberitahu anda sebaik sahaja tarikh baru ditetapkan.”

Super Junior, yang baru sahaja meriliskan album terbaru pada 28 Januari merancang untuk merakamkan satu program sempena kemunculan semula yang dipanggil “Super Junior: The Stage”. Program ini akan diadakan di Ilsan dan merancang untuk mempelawa 400 peminat bagi setiap episode di mana terdapat dua episode keseluruhan program tersebut. Bagaimanapun, disebabkan oleh koronavirus, hanya kru filem dan kakitangan sahaja yang kini dibenarkan untuk menghadiri penggambaran.

Penyanyi Kang Sung Hoon juga turut membatalkan perjumpaan peminat yang dijadualkan pada 14 dan 15 Februari,  dengan alasan kepentingan kesihatan orang awam. Agensinya menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan semula tarikh baru bagi majlis perjumpaan peminat pada masa akan datang.

Akhir sekali, konsert penyanyi Taeyeon di Singapura pada 1 Februari dan konsert NCT Dream di Macau serta di Singapura yang masing-masing dijadualkan pada 7 dan 8 Februari, telahpun ditunda seketika. Perkara ini telah dimaklumkan oleh agensi mereka iaitu SM Entertainment.

Kami akan cuba memaklumkan situasi terkini berkaitan program-program yang diadakan oleh selebriti Korea diseluruh Asia. Buat semua, penulis berharap agar anda semua utamakan keselamatan kesihatan anda terlebih dahulu, pastikan anda berjumpa doktor dengan kadar segera jika anda merasakan anda tidak berada dalam keadaan yang sihat. Dan, kurangkan aktiviti di luar buat sementara waktu.

Sumber : Newsen | Spotvnews | Sports.donga | m.star

loading...