Kim Soo Hyun, Seo Ye Ji dan Kim Sae Ron sertai agensi yang baru ditubuhkan, Gold Medalist

Kim Soo Hyun, Seo Ye Ji, dan Kim Sae Ron telah menandatangani kontrak dengan sebuah agensi hiburan yang baru ditubuhkan, Gold Medalist.

Agensi ini diasaskan oleh produser Kim Mi Hye dari filem “Extreme Job” dan Lee Ro Bae, yang telah bekerja dengan Kim Soo Hyun sejak drama “Will It Snow For Christmas?” pada tahun 2009.

Kim Mi Hye adalah Ketua Pegawai Eksekutif Gold Medalist, dan akan mengawasi perancangan dan pengeluaran kandungan video. Lee Ro Bae, CCO, akan bekerjasama dengan pelakon sebagai produser mereka dan bertanggungjawab membawa mereka yang mempunyai bakat yang hebat ke agensi berkenaan.

Sumber dari Gold Medalist berkata, “Kami memulakan dengan pengurusan dan content production business dengan matlamat akan menjadi agensi hiburan terbaik di seluruh dunia. Terutamanya dengan perniagaan pengurusan kami, bukan sahaja kami akan membawakan pelakon yang berbakat, kami akan mewujudkan content system kami sendiri di mana kami akan melatih pelakon baru yang berbakat dan sentiasa menyinar serta melahirkan influential artists. “

Sumber : isplus

loading...