Setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Choi Ji Woo akan bergelar ibu yang sebenar dan bukan lagi hanya dalam lakonan. Sudah pasti berita ini disambut gembira oleh Choi Ji Woo dan suami serta para peminatnya.
Pada 23 Disember, satu sumber daripada agensi Choi Ji Woo, iaitu YG Entertainment telah mendedah kepada media bahawsanya aktres terbabit kini sedang hamil anak sulungnya dan dijangka bersalin pada musim bunga kelak.
Agensi terbabit juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini:
Hello. IniYG Entertainment.
Kami ingin menyampaikan satu berita gembira. Aktres Choi Ji Woo akan bergelar seorang ibu pada Mei tahun depan.
Aktres itu kini begitu gembira dan berterima kasih atas anugerah yang paling bernilai ini. Dia juga berada dalam keadaan sihat serta gembira menumpukan pada penjagaan pra-kehamilannya.
Selepas ini, aktres Choi Ji Woo berazam untuk menjadi seorang isteri serta ibu yang terbaik buat keluarganya dan merancang untuk bekerja dengan lebih keras lagi sebagai seorang pelakon.
Kami berterima kasih kepada semua yang berterusan menyayangi dan menyokong Choi Ji Woo tanpa pernah jemu.
Choi Ji Woo mula debut dalam industri lakonan pada tahun 1994 dan telah membintangi beberapa drama yang popular serta mencetuskan fenomena seperti “Winter Sonata, “Stairway to Heaven,” “The Suspicious Housemaid,” “Temptation,” “Twenty Again,” dan “Woman With a Suitcase,”. Drama “Winter Sonata” pernah mencetuskan fenomena di Malaysia di mana ia merupakan titik permulaan kepada drama Korea di negara ini. Aktres ini telah melangsungkan perkahwinan secara tertutup bersama suaminya yang bekerja dalam industri IT pada Mac 2018.
Apapun, tahniah buat pasangan ini!
Sumber : star.mk