Peminat dan rakan artis peringati ulangtahun kedua pemergian Jonghyun SHINEE

Rupanya dah dua tahun Jonghyun SHINEE meninggalkan para peminat, rakan taulan dan keluarganya. Pada ulang tahun keduanya, rakan-rakan artis dan peminat sekali lagi memperingati kehilangan Jonghyun.

Pada 18 Disember, ramai yang mengambil kesempatan menerusi media sosial untuk berkongsi ingatan mereka tentang Jonghyun. Agensi SHINee, SM Entertainment berkongsi foto hitam dan putih Jonghyun bernyanyi dengan kapsyen, “Kami mencintai awak.” Posting yang sama telah dikongsi di akaun rasmi SHINee Instagram.

Nine9 Dear Cloud, yang merupakan kawan rapat Jonghyun, turut menyatakan perasaannya menerusi Instagram. Dia menulis, “Saya ambil keputusan untuk tidak rasa sedih selalu. Orang yang baik tidak akan pernah dilupakan. Itu yang saya pelajari. Walaupun kini kita terpisah jauh dan banyak juga yang berubah tentang saya, namun saya percaya saat masa berlalu pergi, hari demi hari, kita akan bertemu lagi. Saya akan nyanyikan lagu awak di sini. Di tempat baru itu, saya harap awak selalu gembira.”

Yoo Ara, bekas ahli Hello Venus dan juga kawan rapat Jonghyun berkongsi sekeping gambar Jonghyun yang lain di atas pentas. Dia menulis, “Seseorang yang baik dengan hanya sekali pandang saja. Seseorang yang namanya buat saya menangis. Seseorang yang tidak akan pernah saya lupakan sehingga akhir hayat saya. Saya sangat sedih. Saya sangat rindukan awak. Tunggu tau,… nanti kita berjumpa kembali.”

Leeteuk Super Junior yang merupakan rakan rapat Jonghyun dan juga rakan artis dari agensi yang sama juga turut berkongsi perasaannya di Instagram dengan menulis, “Saya rindu awak, Jonghyun”

https://www.instagram.com/p/B6MfAi5p-_P/

Peminat juga turut berkongsi perasaan masing-masing sebagai memperingati ulang tahun pemergian Jonghyun menerusi Twitter dengan gunapakai tanda pagar #JONGHYUN yang turut trending diseluruh dunia.

Jonghyun telah meninggalkan dunia ini pada 2017 dan kematiannya memberikan impak yang luar biasa. Ramai rakan artis dan peminat meratapi kematiannya yang diibaratkan seorang berbakat besar dan punyai peribadi yang baik.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

loading...