Taeyeon SNSD dikritik kerana sengaja buat-buat lupa tentang kewujudan Jessica Jung ketika membidas kenyataan bekas pelatih SM

Kenyataan terbuka dikeluarkan oleh bekas pelatih SM, Hong Min Ji di dalam MBN ‘Voice Queen’ semalam ketika dia mengimbau kembali kenangan 17 tahun lalu tentang betapa susahnya untuk ‘debut’ sekali bersama-sama ahli-ahli SNSD yang lain pada masa itu, mendapat perhatian ketua kumpulan SNSD itu sendiri iaitu Taeyeon yang membidas kenyataannya dalam kemaskini dibuat oleh Taeyeon di laman instagram.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Taeyeon,

“Untuk ‘debut’ di bawah Girls Generation, lapan orang ini telah memerah keringat sepenuhnya sejak sekian lama. Ia bukan sekadar sebuah kumpulan yang senang-senang saja dibuat dalam sehari. Walaupun masing-masing telah berusaha untuk menghasilkan satu kumpulan, kami telah meluangkan masa yang agak lama bersama-sama sebelum dipertunjukkan kepada orang. Kumpulan kami ini bukannya macam stesen bas yang mana sesiapa saja boleh sesuka hati masuk dan keluar.

Saya lebih menghargai jika mereka yang kami langsung tak pernah bersusah-payah bersama sebelum ini, kecuali mereka sengaja melupakannya, tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama ‘Girls Generations’ sesuka hati.”

Bagaimanapun, kenyataan Taeyeon tersebut telah mengundang kontroversi apabila dilihat sengaja mengabaikan kewujudan Jessica Jung dan kelibatnya sepanjang berada di dalam kumpulan SNSD dengan meletakkan bilangannya sebanyak lapan orang sahaja berbanding sembilan orang yang sepatutnya. Kritikan tersebut dapat dilihat di laman twitter dan tertular sejak daripada tadi. Jessica Jung mengambil keputusan meninggalkan SNSD pada tahun 2014 setelah mengaku berselisih faham dengan ahli-ahli yang lain.

Sumber: donga, my daily

loading...