BTS bolot 3 anugerah di ‘American Music Awards 2019’

2019 menyaksikan BTS bolot 3 kemenangan di American Music Awards!

Majlis anugerah ini telah berlangsung pada 24 November (waktu tempatan) bertempat di Los Angeles, California. Biarpun BTS tidak dapat menghadiri anugerah tersebut, mereka telah diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Favorite Duo or Group — Pop/Rock, Tour of the Year, dan Favorite Social Artist. 

Ahli-ahli BTS menyatakan perasaan terima kasih mereka menerusi sebuah video.

Untuk kategori Favorite Duo or Group — Pop/Rock award,

Jungkook : Terima kasih. Kami sangat berbesar hati untuk menerima anugerah yang penuh bermakna ini.

Jin : Maaf kerana tak dapat sertai malam yang penuh gemilang ini secara peribadi, tapi kami harap dapat bertemu anda semua kelak.

RM : BTS dah mengharungi perjalanan sebagai anak seni selama 6 tahun setengah dan sepanjang perjalanan ini banyak impian kami telah menjadi kenyataan. ARMY, koranglah yang buat semua ini menjadi realiti, dan kami tidak akan mampu berdiri sehingga ke hari ini tanpa sokongan dan kasih sayang korang dari seluruh dunia. Kami akan cuba sehabis baik untuk terus kekal terbaik, berusaha keras dan kembalikan semula kasih sayang korang dengan produktiviti yang berkualiti kami.

RM : Biarpun siri jelajah kami telah berakhir, kami harap mesej kami sepanjang tour kami akan sentiasa diingati – mesej di mana korang kena cari jalan untuk menyintai diri korang sendiri. Terima kasih untuk anugerah Tour of the Year ini.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut BTS mengekalkan kemenangan untuk kategori Favorite Social Artist di mana mereka pernah memenanginya pada American Music Awards 2018.

Tahniah buat BTS. Kerja keras korang memang terbayar dan dihargai.

loading...