Sojung Ladies Code mengaku dia tak dapat menahan sebak apabila terkenang kembali dua orang rakan sekumpulannya, Rise dan EunB telah pergi buat selama-lamanya sejak lima tahun yang lalu pada harijadinya. Rise dan EunB meninggal dunia akibat nahas jalan raya manakala dia dan dua lagi rakan sekumpulannya, Ashley dan Zuny terselamat walaupun Sojung mengalami kecederaan teruk selepasnya.
Dalam satu temubual di dalam rancangan ‘Eyes Contact’ terbitan Channel A yang disiarkan lewat semalam, Sojung menangis kerana masih teringat kejadian kemalangan itu betul-betul menimpa pada harijadinya sampaikan dia tak sanggup mahu menjamah kek harijadi yang dibeli ahli-ahli Ladies Code untuknya pada masa itu. Sambil cuba ditenteramkan oleh Ashley dan Zuny bertentangan dengannya, Sojung berkata, “Begitu sukar untuk meluahkannya kerana kejadian itu suatu memori yang sangat pahit dan pedih. Tapi, saya akhirnya dapat harunginya dengan baki keyakinan yang ada. Saya cuba tanya Ashley dan Zuny samada mereka sudah pulih kerana bimbang akan keadaan mereka,” katanya.
Tambahnya lagi, “Kawan-kawan saya ini bukan sekadar satu kumpulan, tapi ibarat sebuah keluarga yang takkan bercerai sehingga ke akhir hayat. Saya mahu kongsikan segala sokongan moral yang tak putus-putus diberikan oleh peminat dan rakan artis. Saya jadi lebih bersemangat dan bangkit semula sekiranya jatuh kembali.”
Sojung mengatakan dia tak pernah terhenti untuk melawat memorial EunB dan Rise masing-masing pada haribulan ke-3 dan ke-7 (Rise meninggal dunia empat hari kemudian) setiap September kerana mahu meredakan kekusutan dihatinya. “Saya dapat kekuatan daripada sokongan padu peminat sekalian,” katanya.
Luahan ketiga-tiga ahli Ladies Codes ini boleh dibaca dengan lebih menyeluruh di dalam portal soompi di sini. Laporan di atas hanya dipetik sebahagian daripada rancangan ‘Eye Contact’ berkenaan.
Sumber: tvreport