Han Seo Hee dedah Shownu Monsta X pernah cuba berskandal dengan bini orang, tapi tak jadi selepas ‘disergah’ suaminya

Han Seo Hee, bekas pelatih YG yang terbabit dalam berbagai-bagai kontroversi sebelum ini, membuat pendedahan lanjut tentang Shownu Monsta X yang didakwanya pernah berskandal dengan isteri seseorang yang menghubunginya menerusi instagram milik Jung Da Eun. Ia rentetan daripada beberapa siri pendedahan dibuat oleh rakannya, Jung Da Eun berkenaan Wonho Monsta X di laman sosial kerana Wonho Monsta X dikatakan pernah berhutang dengannya sebanyak 30 juta won.

Han Seo Hee pula menyambung pendedahan lebih lanjut hari ini di dalam laman instastory-nya sebelum memadamkannya kemudian.  Han Seo Hee berkongsi paparan mesej di antara seseorang lelaki yang merupakan suami orang dengan peguam Starship Entertainment. Mesej itu berbunyi begini,

“Setelah mengesahkan dengan Shownu, kami dapati Shownu tidak tahu pun ‘A’ pernah berkahwin ataupun punyai kekasih. Jika dia tahu A ada kekasih, sudah pasti dia takkan bercinta dengan ‘A’, atau merancang untuk berjumpa dengan ‘A’ di masa hadapan. Shownu tidak pernah hubungi ‘A’ sejak 10 September lalu. Dia tiada sebab untuk hubungi ‘A’ lagi dan tak mahu langsung terbabit dalam saman melibatkan ‘A’.”

Lelaki itu turut mendakwa dia pernah bersemuka sendiri dengan wakil agensi Starship Entertainment, namun hampa selepas tiada jawapan diberikan kepadanya.

Sementera itu, laman kelab peminat Monbebe Korea, MonstaX Gallery menggesa dua artis Monsta X berkenaan menjelaskan pembabitan mereka di dalam kontroversi memalukan itu. Kata mereka, “Baru-baru ini ahli-ahli Monsta X terbabit di dalam kontroversi dan peminat tak mampu lagi menahan malu. Kami mahu penjelasan.” Pada pagi tadi, Starship hanya mengeluarkan kenyataan ringkas bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jung Da Eun tapi belum membuat sebarangan kenyataan balas mengenai Shownu.

Sumber: topstarnews , insight , mk stars

loading...