Adakah Go Won Hee dan Eric Moon akan jadi pasangan kekasih untuk drama Channel A “Vacation in My Own Way”?

Go Won Hee, pelakon baharu yang amat sinonim dengan lakonan di dalam drama-drama sageuk, sedang menimbangkan drama terbaru terbitan Channel A berjudul “Vacation in My Own Way” yang bakal beliau dengan Eric Moon buat pertama kali. Bagaimanapun, tiada maklumat diperolehi lagi tentang pengarah dan penulis skrip serta tarikh tayangan yang dicadangkan.

Channel A “Vacation in My Own Way” merupakan sebuah drama romantik yang mengisahkan tentang Yoon Yoo Jin, seorang wanita yang melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya dan Kim Seung Mo, lelaki yang menginginkan kehidupan seperti sebuah percutian. Eric Moon akan membawakan watak Kim Seung Mo, seorang chef yang hanya menyediakan hidangan berasaskan bahan organik namun dunia kulinari kini penuh dengan makanan yang mengandungi bahan yang mengandungi pelbagai campuran manakal Go Won Hee pula sebagai Yoon Yoo Jin, seorang pereka fesyen terkenal dengan nama ‘Bella’ yang seringkali berkolaborat dengan beberapa fesyen ternama di seluruh dunia. Yoo Yoo Jin terpaksa balik semula ke kampungnya, apabila terdengar kebun iaitu tempat bersemadi memorinya bersama mendiang datuknya, bakal dimusnahkan.

Ini merupakan drama pertama lakonan Eric Moon selepas tvN “Another Oh Hae Young”  pada tahun 2016 dan drama susulan Goo Won Hee walaupun kini tengah sibuk membintangi drama jtbc Flower Crew : Joseon Marriage Agency. Antara drama lakonan Goo Won Hee termasuklah KBS Perfume, salah satu projek ditawarkan kepada Eric Moon sebelum ini dan digantikan dengan Shin Sung Rok kemudiannya.

Sumber: ytn , OSEN

loading...