Woojin tinggalkan kumpulan Stray Kids

Gempar apabila Woojin akan meninggalkan kumpulannya, Stray Kids secara tiba-tiba. 

Pada 28 Oktober, agensi kumpulan Stray Kids, JYP Entertainment telah mengeluarkan satu kenyataan seperti berikut:

Hello, ini JYP Entertainment.

Woojin, yang telah menjadi sebahagian Stray Kids selama ini, telah meninggalkan kumpulan tersebut dengan alasan peribadi dan telah menamatkan kontrak eksklusifnya. 

Kami zahirkan permohonan maaf kerana buat peminat terkejut dengan perkhabaran secara tiba-tiba ini. 

Berikutan perkara itu, mini album terbaru Stray Kids “Clé : LEVANTER,” yang dijangka akan diriliskan pada 25 November, akan ditunda kepada 9 Disember. 

Kami sekali lagi mohon maaf kerana peminat terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk album terbaru mereka. 

Kami mohon anda semua berikan sokongan terhadap perjalanan baru Woojin dan terus kekal menyokong lapan ahli Stray Kids yang tidak akan berhenti mengejar impian mereka. 

Terima kasih.

Apapun, selamat maju jaya Woojin!

Sumber : JYP Ent

Gambar di kreditkan seperti tertera 

loading...