Tiket ‘SEVENTEEN WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR’ mula dijual 2 November ini

Kumpulan popular Korea selatan, SEVENTEEN akan membawakan siri jelajah “ODE TO YOU” ke Kuala Lumpur pada tahun hadapan. SEVENTEEN WORLD TOUR  <ODE TO YOU> IN KUALA LUMPUR akan diadakan di Axiata Arena pada 22 Februari 2020. Ini merupakan kali ketiga kumpulan SEVENTEEN mengadakan konsertnya di Malaysia dan kali pertama lokasi konsertnya bertempat di Axiata Arena. Sejak diumumkan mengenai siri jelajah konsert SEVENTEEN ke Malaysia, nampaknya CARAT (kelab peminat SEVENTEEN) tidak sabar-sabar menantikan maklumat lanjut mengenai penjualan tiket. Oleh itu, iMe MY selaku penganjur, baru sahaja mengumumkan bahawa tike-tiket konsert secara rasminya akan mula dijual pada 2 November ini bertempat di Atria Shopping Gallery bermula jam 11.00 pagi.

SEVENTEEN telah memulakan siri jelajah  <ODE TO YOU>  di Seoul selama tiga hari pada bulan lepas. Kesemua tiket untuk tiga hari konsert tersebut habis dijual sekaligus menunjunjukkan populariti SEVENTEEN semakin meningkat.  13 ahli kumpulan yang terdiri daripada S.coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, The 8, Mingyu, DK, Seungkwan, Vernon dan Dino telah memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan dengan persembahan yang mantap.

Penggunaan nama  <ODE TO YOU> untuk konsert kali ini sebenarnya membawa maksud yang istimewa. Ia bermaksud lagu untuk kamu (“song for you”). Selain dari itu, mereka telah mengeluarkan album ketiga mereka “An Ode” yang mengandungi 11 buah lagu yang telah ditulis oleh Woozi (salah seorang anggota SEVENTEEN) dan Bumzu. Ahli yang lain juga turut menyertai menghasilkan lirik lagu  untuk “FEAR” dan “HIT” sekaligus mendapat perhatian ramai. Berkonsepkan ‘dark’ dan koreografi yang tidak pernah mengecewakan dalam kemunculan semula baru-baru ini mempamerkan sisi mereka yang seksi dan membuatkan peminat terpesona serta jatuh cinta sekali lagi dengan SEVENTEN.

SEVENTEEN WORLD TOUR <ODE TO YOU> IN KUALA LUMPUR akan diadakan di Axiata Arena pada 22 Februari 2020, mulai jam 7.00 malam. Tiket-tiket dijual pada harga RM687 (Standing and seated), RM587 (ODE Zone), RM587 (CAT 1), RM487 (CAT 2) dan RM287 (CAT 3). Harga tiket-tiket ini tidak termasuk dengan cas pemprosesan sebanyak RM4. Tiket akan dijual secara rasmi di Centre Court, Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya pada 2 November 2019 dari 11pagi – 4.00 petang dan jualan tiket secara atas talian juga akan mula dijual pada hari yang sama mulai jam 6.00 petang menerusi Ticket Charge.  Peminat yang membeli tiket secara ‘offline’ pada 2 November di Atria kelak boleh mendapatkan poster edisi terhad selagi stok masih ada. Setiap individu layak untuk membeli sehingga 6 keping tiket seorang untuk sekali pembelian. Bayaran boleh dibuat secara tunai, kad debit dan juga kad kredit.

Sebagai langkah keselamatan, pihak penganjur,  iMe MY tidak menggalakkan peminat (CARAT) untuk bermalam dilokasi penjualan tiket dan berharap agar peminat mendapatkan tiket masing-masing melalui prosedur yang betul dan berhemah. Mereka juga menggesa para peminat untuk tidak membeli tiket dari mana-mana pihak ketiga atau mereka yang menjuakl semula tiket untuk mengelakkan daripada membeli tiket palsu. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, sila teruskan mengikuti penganjur di platform media sosial di Facebook iMe MY, Twitter imemalaysia dan Instagram ime.malaysia .

SEVENTEEN WORLD TOUR <ODE TO YOU> IN KUALA LUMPUR
DATE : 22.02.2020
TIME : 7PM
VENUE : Axiata Arena, KL

PRE SALE
DATE: 02.11.2019
TIME : 11AM – 4PM (ONLINE SALE : 6PM)
VENUE : ATRIA SHOPPING GALLERY, PJ
TICKET PRICE : RM687 / RM587 / RM487 / RM287
TICKETING : WWW.TICKETCHARGE.COM.MY
HOTLINE : +603 9222 8811
PROCESSING FEE : RM4.00 (per tickets)
TICKETS PURCHASE : 6 TICKET (per person)