Nenek berusia 76 tahun ini mengaku tergilakan Jung Hae In kerana watak duda penyayang di dalam MBC Spring Night

Jung Hae In berterima kasih kepada nenek berusia 76 tahun yang menghubunginya menerusi radio MBC Women’s Generation yang dikendalikan oleh juruhebah Yang Hee-Eun dan Seo Kyungseok semalam.

Nenek yang tak dinamakan itu, mengaku dia terpikat dengan Jung Hae In setelah menonton MBC Funding Together sebelum mengikuti perkembangan karier pelakon itu menerusi drama MBC One Spring Night. “Saya sudah tonton drama MBC Spring Night sebanyak 4 kali, malah hari-hari asyik dengar lagu drama itu saja dan sanggup cari buku tajuknya ‘Spring Night’,” luah nenek itu.

“Jung Hae In sangat pandai berlakon dan segak pula. Sudahlah saya tinggal seorang di luar bandar, mungkin peminat Jung Hae In paling tua kot,” tambahnya lagi yang dititipnya dalam bentuk surat dan sudah pun dibaca oleh Jung Hae In.

Pemenang Popular Rookie Actor 6th CARI Kdrama Awards itu kemudiannya merakamkan suaranya untuk disiarkan di dalam rancangan radio tersebut. Dia 

mengucapkan terima kasih dan berharap kesihatan peminatnya itu bertambah baik di masa akan datang.

Jung Hae In kini merancang membintangi rancangan realiti kembara bersama Lim Hyun Soo. Lakonannya sebagai duda penyayang di dalam MBC One Spring Night bersama Han Ji Min memperoleh pujian positif yang rata-ratanya mengulas lakonan terbaik pernah dilakukan oleh Jung Hae In selama ini.

Sumber: OSEN, jeonkuk ilbo

loading...