“New Journey To The West” Musim 7 rilis trailer pertamanya tanpa kehadiran Ahn Jae Hyun

Peminat rancangan “Journey To The West”, korang boleh siap sedia kerana musim terbaru akan mula bersiaran.

Trailer pertama untuk musim terbaru yang dikongsikan menampilkan enam ahli iaitu Kang Ho Dong, Kyuhyun Super Junior, Lee Soo Geun, Eun Ji Won SECHSKIES, Song Mino WINNER, dan P.O Block B. Pihak produksi telah mengumumkan bahawa episode pertama  “New Journey to the West 7” akan mula bersiaran pada 25 Oktober (Jumaat)  Song Mino dan P.O berharap agar lebih ramai penonton akan menyaksikan episode perdana nanti.

Berikutan teaser yang telah dirilis itu, pengarah produksi (PD) Park Hyun Yong turut mengulas, “Disebabkan kali ini ‘New Journey to the West 7’ kembali membuat pengambaran domestik, kami buat keputusan memilih ‘homecoming’ sebagai tema musim yang terbaru.  Kami merancang untuk memberikan gelak tawa berpanjangan dengan menampilkan kostum khas dan pelbagai permainan yang menyegarkan, jadi kami mohon anda berikan sokongan terhadap kami serta rancangan ini.”

Kang Ho Dong berpakaian seperti Shinmyohan, manaka Kyuhyun mengenakan pakaian seperti Genie…

Lee Soo Geun mengenakan pakaian traditional hanbok, dan Eun Ji Won pula kelihatan seperti Gandalf putih

Akhir sekali, P.O dan Song Mino pula seperti sayur-sayuran yang berpakaian hanbok

Musim ke-7 adalah yang pertama tanpa kehadiran Ahn Jae Hyun yang menarik diri ekoran isu kontroversi penceraiannya. Terdahulu, ramai netizen meminta agar Ahn Jae Hyun meninggalkan rancangan tersebut namun selepas perbincangan yang mendalam, pihak produksi menghormati keputusannya untuk mengundurkan diri.

Jadi jangan lupa “New Journey To The West 7” akan mulakan tayangan pada 25 Oktober dirangkaian tvN. Jom saksikan trailer pertama rancangan ini

Sumber : mydaily

loading...