Bekas ahli kumpulan T-ara Han Areum dedah sedang hamil dan kongsi gambar perkahwinan

Bekas ahli kumpulan T-ara, Han Ahreum buat pendedahan menerusi satu temuramah bersama TV Report yang menyatakan dirinya kini sedang di awal kehamilan dan oleh sebab itu dia telah menukar tarikh perkahwinannya.

Perkahwinan Han Ahreum pada awalnya dijangka akan diadakan pada 9 Februari 2020. Disebabkan kehamilannya itu serta berdepan dengan ‘morning sickness‘ atau alahan dan isu penjagaan usia awal kandungan (prenatal), dia akhirnya buat keputusan mengawalkan majlis perkahwinannya pada pada 20 Oktober ini, kira-kira dua minggu dari sekarang. Ini memudahkan pergerakkan serta situasinya di majlis perkahwinan dan penjagaan kandungannya.

Han Ahreum telah mengulas bagaimana dia mengetahui dirinya telah hamil

Saya mengetahui saya telah hamil semasa membuat persiapan perkahwinan. Saya nak segalanya cantik dan sempurna kerana ini perkahwinan pertama saya, tapi sekarang saya perlu uruskan semuanya dengan segera. Apapun, saya gembira akan bergelar seorang ibu.

— Han Ahreum

Dia juga turut mengulas ibu dan isteri yang bagaimana diimpikannya di masa hadapan.

Saya ingin menjadi seorang isteri yang memberikan pelukan hangat, dan bukannya seorang tukang bebel tika suami pulang keletihan dari tempat kerja. Saya ingin menjadi seorang ibu yang selalu bertanyakan ‘Macam mana hari kamu pada hari ini’, berikan kasih sayang yang tidak terhingga, bermain tanpa sebarang sekatan dan tidak akan sesekali membiarkan dirinya kesunyian.

— Han Ahreum

Tunang Han Ahreum berumur 27 tahun dan bukanlah seorang selebriti dan hanya dikenalkan sebagai “Kim”. Mereke bertemu pertama kali melalui kawan-kawan, dan mula membina pehubungan atas dasar cinta. Kim dikatakan membatalkan hasratnya untuk menyambung pelajaran di Filipina dan Amerika Syarikat untuk bersama-sama Han Ahreum di Korea.

Han Ahreum juga berkongsi sekeping surat di Instagramnya, bagi mengumumkan berita gembira ini dan mohon sokongan serta kasih sayang dari semua.

Happy Married Company,syarikat yang mengambil gambar Han Areum dan bakal suaminya, telah pun berkongsi gambar-gambar perkahwinan pasangan ini.

Han Areum menyertai T-ara pada 2012 namun mengundurkan diri pada 2013 ekoran berdepan dengan masalah kesihatan. Dia kemudian kembali mendapat perhatian ramai apabila membuat menyertai rancangan realiti KBS “The Unit”.  Dikhabarkan kedua pasangan ini memilih Jeju Island sebagai destinasi bulan madu. Mereka memilih destinasi bulan madu yang dekat kerana untuk memastikan Han Areum dapat menerima rawatan penjagaan pranatal.

Apapun, tahniah buat Han Ahreum dan pasangan!

Sumber : nc.asia | tvreport |