[Gempar] 2-3 ahli X1 disyaki telah ‘sailang’ peluang peserta Produce x101 lain setelah undian mereka dimanipulasikan

2-3 ahli X1 sedia ada yang tak dinamakan disyaki telah menjadi mangsa percaturan undi oleh pihak Mnet dalam penentuan barisan akhir rancangan realiti tv Produce X101, sekaligus menyailang peluang peserta Produce x101 lain yang bertanding sekali secara adil.

Menurut laporan daripada ‘CBS No Cut News’, jabatan siber polis Seoul telah menemui bukti yang menunjukkan daripada 11 orang ahli sedia ada X1, kira-kira 2 hingga 3 undian peserta itu telah dimanipulasikan bagi melayakkannya tersenarai dalam barisan akhir. Laporan itu mendakwa asalnya undian mereka berada di bawah top 11 sebelum diubahsuai bagi memenuhi kriteria yang ditetapkan. Beberapa orang staf Produce X101 juga akan dipanggil untuk disoalsiasat di atas dakwaan memanipulasikan keuntungan perniagaan selain juga untuk membantu siasatan samada wujudnya rasuah di antara Mnet dengan pihak agensi yang mewakili ahli-ahli tersebut.

Dalam perkembangan lain, pihak pengurusan X1 pula memaklumkan jadual promosi kumpulan X1 tidak akan berubah. Manakala, jurucakap agensi Starship juga dilaporkan berkata, “Polis sedang menyiasat CJ ENM kerana disyaki memanipulasikan undi dan rakannya juga sedang disiasat. Song Hyung Jun dan Kang Min Hee memang berasal daripada Starship. Kami akan berkerjasama dengan pihak polis untuk disiasat sepenuhnya”.

Sebelum ini, polis telah membuat serbuan terhadap Mnet, Woolim Entertainment, Starship Entertainment dan MBK Entertainment (tidak disebut dalam laporan media sebulan lalu) serta berjaya menemui bukti wujudnya dakwaan memanipulasikan undian. Netizen membuat spekulasi ahli-ahli yang dimanipulasikan undiannya berasal daripada serbuan ke atas agensi-agensi ini. Atas sebab itu, X1 telah diboikot oleh beberapa jenama produk popular dan berhadapan dengan risiko untuk dibubarkan. Bagaimanapun, hasil sokongan berterusan daripada peminat, X1 tetap berkembang mekar di dalam industri kpop Korea apabila album ‘debut’ mereka, Quantum Leap laris dan kekal di tangga pertama dalam carta album Gaon selama tiga minggu di samping tetap mendapat tempat pertama di dalam persembahan mingguan secara berkala di Inkigayo, Music Bank dan lain-lain.

Sumber: money mt , edaily , sbs news , mbn

loading...