Lebih 700 ribu album ‘An Ode’ terjual, Seventeen hanya di belakang BTS untuk rekod album terlaris tahun 2019 di tanah air sendiri

Seventeen mencipta sejarah tersendiri apabila meraih jualan album ke-2 tertinggi dalam seminggu  dengan 700 ribu terjual untuk album ketiga mereka, ‘An Ode’ menurut data Hanteo.

Pencapaian Seventeen tersebut hanya di belakang BTS saja yang meraih jualan lebih 2 juta unit dalam seminggu menerusi album Map of The Soul : Persona. Untuk rekod sepanjang zaman pula, Seventeen menjadi kumpulan kpop ketiga mencatat jualan terlaris dalam seminggu, sebaris dengan BTS dan EXO. Lebih menarik lagi, tidak seperti EXO dan Twice, Seventeen mendaki populariti secara perlahan-lahan sejak ‘debut’ tahun 2015 lagi bagi menggapai kedudukan sedemikian.

Dengan jualan sebanyak ini, Seventeen bukan saja meraih no.1 di dalam carta album Gaon Korea untuk minggu ini bertarikh 26 September 2019 sekaligus menumpaskan 3 minggu penguasaan X1 dengan album Quantum Leap sebelum ini, malah meraih kedudukan no.2 di dalam carta album Oricon membuktikan penguasaan mereka juga di negara matahari terbit itu. Kedudukan hebat yang diraih oleh mereka ini sudah dapat dijangka menerusi album EP ke-6 mereka, You Made My Dawn yang dilancarkan pada awal tahun 2019 ini, yakni rekod jualan album terbaik pernah dirasai oleh mereka sebelum rekod tersebut dipecahkan oleh pencapaian album terbaru ‘An Ode’.

Album ‘An Ode’ mengandungi lagu Fear sebagai single utamanya.

Sumber: news1, sportwordisoompi

loading...