SM nafi dakwaan Taeyong NCT seorang kaki buli, netizen pula gesa permohonan maaf terhadap mangsa

Taeyong NCT telah dituduh di dalam satu kejadian buli yang berlaku di sekolah menengah tinggi pada sepuluh tahun lalu, memetik laporan daripada media sebelum ini yang mendakwa Taeyong ialah salah seorang kaki buli.

Sebagai tindakbalas terhadap laporan media tersebut, SM Entertainment terus menafikan artis jagaannya itu terlibat dalam kes buli. Jurucakap SM berkata, “Setelah memeriksa rekod Taeyong sepuluh tahun lalu, kami tak menemui sebarang ‘bukti’ Taeyong pernah dihukum kerana melakukan keganasan di sekolah. Taeyong juga tak pernah sesekali didisiplinkan, malah tiada langsung temubual di antara cikgu dengan ibubapa tentang hal berkaitan.”

Bagaimanapun, sebilangan besar netizen tidak boleh menerima penjelasan tersebut dan menggesa Taeyong membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap bekas rakan sekolahnya itu. “Jika kau dah cederakan orang, minta maaf sajalah,” sebut salah seorang netizen itu dalam satu komentar.

Taeyong NCT kini terlibat dalam satu projek terbaru SM Entertainment, “Super M” yang menghimpunkan ramai lagi selebriti-selebriti terkemuka lain seperti Baekhyun EXO, Taemin Shinee dan sebagainya.

Sumber: world daily

loading...