Kim Myung Soo meluahkan hasratnya untuk mencabarkan diri bagi membawakan karakter berbeza pada masa depan.
Dalam temubualnya bersama majalah Star & Style edisi bulan Oktober nanti, Kim Myung Soo dipuji kerana membawa watak bidadara berhati murni di dalam KBS Angle’s Last Mission : Love dengan agak baik sekali sehingga gandingannya bersama Shin Hye Sun disebut-sebut antara pasangan paling romantis pada tahun ini.
Bercerita tentang drama terbaru yang disahkannya tempoh hari, Kim Myung Soo komited untuk mempelajari sendiri bagaimana kucing meragam. Ia akan dijadikan cabaran baginya untuk menggayakan lakonan berbeza daripada perspektif kucing yang seringkali dianggap sebagai binatang peliharaan.
Ditanya pula adakah dia mengambil endah apabila dicop ‘kayu’ selama ini, Kim Myung Soo mengaku dia memang terkhilaf. Kritikan itu mula memuncak ketika berlakon sebagai raja boneka di dalam KBS Master of The Mask. “Saya minta maaf kerana tak belajar berlakon dengan banyak, tapi saya akan secara konsisten berlakon selepas ini,” katanya. Jaminan tersebut diperkuatkan dengan keputusan diambil olehnya untuk mengundur diri daripada Woolim Ent serta-merta bagi menumpukan dalam dunia lakonan.