Netizen mendakwa Hyolyn pernah membulinya 15 tahun lepas ; Hyolyn berkata tak ingat kejadian berkenaan

Tak selesai lagi kontroversi buli dalam kalangan selebriti Korea, hari ini Hyolyn pula didakwa pernah terlibat dalam kegiatan tak senonoh itu sewaktu dia masih usia remaja.

 

Semalam, seorang netizen dikenali sebagai A, telah membuat satu hantaran di suatu laman forum maya dengan mendakwa Hyolyn pernah membulinya pada 15 tahun yang lalu. A memuatnaik beberapa foto Hyolyn berpakaian baju sekolah dan mendakwa bahawa dia pernah dibuli dalam satu kejadian di taman permainan di mana dia diugut untuk menyerahkan wang dan pakaian kepada penyanyi itu disebabkan teman lelakinya disalahanggap sebagai teman lelaki penyanyi itu kerana kedua-duanya memiliki nama yang serupa. Kejadian buli berkenaan menyebabkan A trauma sehingga tak mampu langsung melihat kelibat penyanyi itu di kaca televisyen, malah dia pernah berniat untuk membunuh diri. A juga mendakwa pernah menghubungi laman sosial instagram Hyolyn sebelum ini  dan menuntut permohonan maaf daripadanya dengan menggunakan kawannya sebagai orang tengah, namun dia dikatakan tidak diendahkan langsung oleh penyanyi tersebut. Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan oleh A sebentar tadi.

Sementara itu, bagi menjawab dakwaan berkenaan, agensi Hyolyn, bridgʒ mengeluarkan kenyataan dengan berkata, “Kami terdengar seseorang mendakwa pernah dibuli oleh Hyolyn. Hyolyn sendiri sedang cuba mengesahkannya kerana ingatannya masih samar-samar tentang kejadian pada 15 tahun yang lalu . Kami akan mencari dia (dikatakan mangsa) dan akan cuba selesaikan permasalahan tersebut. Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi.”

Hyolyn atau nama sebenarnya, Kim Hyo Jung, merupakan bekas ahli kumpulan SISTAR dan bergiat aktif sebagai penyanyi solo yang membikin lagu-lagu berentak balada R&B. Kebanyakan lagu nyanyian dimuatkan sebagai runut bunyi drama-drama korea antaranya,  ”Hello, Goodbye’ terkenal sebagai lagu tema drama SBS You Who Came From The Star.

Sumber: OSEN

loading...