Hello DANITY Malaysia, dah bersedia untuk temui saya, Kang Daniel di Kuala Lumpur?

 

 

Photo credit to : CLEO Singapore

Populariti Kang Daniel tidak dapat dinafikan lagi sejak menyertai rancangan “Produce 101 Season 2” dan selepas debut bersama Wanna One. Namanya juga tidak pernah lekang dari pengamal media dan penampilannya seringkali mencuri tumpuan ramai diserata dunia.  Bahkan, fenomena Wanna One sendiri tidak pernah pudar biarpun kumpulan itu telahpun dibubarkan pada Januari 2019. Rata-rata peminat masih lagi terus menyokong mereka biarpun masing-masing membawa haluan sendiri. Kang Daniel telahpun mengeluarkan album debut solonya “Color On Me” pada 25 Julai lepas yang mengandungi 5 buah lagu dengan menjadikan “What Are You Up To” sebagai single utamanya.

Baru-baru ini juga, Kang Daniel telah mengumumkan pemilihan nama DANITY sebagai nama kelab peminatnya. Kang Daniel berharap dapat mencipta kenangan tanpa batasan bersama para peminatnya.

Sejak mengumumkan siri jelajah “Color On Me” fan-meeting, ramai peminat tempatan mengharapkan agar idol ini akan kembali mengunjungi Malaysia. Nampaknya, impian mereka menjadi realiti dan rata-rata tidak sabat untuk bertemu dengan idola mereka. Di bawakan oleh Unsual Entertainment dengan kerjasama Starline Production, KANG DANIEL FAN MEETING: COLOR ON ME IN KUALA LUMPUR akan diadakan pada 21 September (Sabtu) ini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil pada jam 7.00 malam.

Penjualan tiket “Kang Daniel Fan Meeting: Colour On Me”  telah bermula pada 23 Ogos lepas menerusi ticketcharge.com.my (atau talian Hotline +60392228811) dan airasiaredtix.com. Tiket-tiket boleh didapati pada harga VIP RM828, CAT 1 RM688, CAT 2 RM588, CAT 3 RM488 dan CAT 4 RM288. Harga tiket tidak termasuk RM 4 sebagai yuran pemprosesan.

Jika membeli menerusi Redtix, mereka hanya menawarkan tiket bagi CAT 1 dan CAT 3 sahaja. Selainnya, boleh didapati menerusi ticketcharge!

Berikut merupakan keistimewaan yang akan dinikmati buat para pemegang tiket bagi setiap zon.

https://www.instagram.com/p/B1fiTMighRk/

Jadi, jika anda seorang DANITY, segeralah dapatkan tiket sebelum ianya kehabisan. Untuk sebarang makluman terkini, boleh layari seperti di bawah:

Unusual Entertainment ( Facebook | Twitter )

Starline Production ( Facebook | Instagram )