Yeo Jin Goo bakal diterbangkan ke Singapura ekoran “Hotel Del Luna” paling trending di Malaysia dan Singapura

 

Singapura dan Malaysia (29 Ogos 2019) – Drama yang kini sedang ditayangkan tvN “Hotel Del Luna” telah menguasai carta rating tontonan di Singapura dan Malaysia, selain meraih kedudukan 3 teratas dikalangan penonton berumur 4 tahun ke atas sejak tayangan perdananya. Ini menunjukkan drama ini berjaya menarik minat menonton pada segenap lapisan umur.

Episod terbaru (Episode 4) yang disiarkan pada 21 Ogos di Singapura telah mencatatkan 0.997% tontonan di kalangan  penonton sasaran (20-49tahun) dan 0.909% di kalangan penonton berumur 4 tahun ke atas. Ini menjadikan “Hotel Del Luna” berada di ranking No. 1 di antara 120 saluran TV berbayar StarHub dan Singtel. Selain itu rating tontonan dikalangan penonton berumur   4 tahun ke atas juga telah memecahkan rekod tvN Asia sendiri pada tahun 2018 dan 2019 (Sumber: SG-TAM – without full reproduction, all rights reserved by IMDA).

Di Malaysia, siri ini menduduki tempat ke- 2 di antara 142 saluran TV berbayar ASTRO bagi episode 2, 3 dan 4 dikalangan penonton yang berusia 4 tahun ke atas. Pada episode ke-2, drama ini telah merekodkan 2.014% tontonan berdasarkan data yang yang dibekalkan oleh KM Singapura. Diharapkan rating penonton akan terus meningkat sejajar dengan pengembangan plot drama “Hotel Del Luna” ini.

Selain daripada penerimaan penonton yang cemerlang, “Hotel Del Luna” yang dibintangi penyanyi IU dan pelakon Yeo Jin-goo, juga menarik perhatian dan minat terhadap ruang digital, sekaligus dinobatkan sebagai No 1. dalam senarai drama paling menarik untuk 7 minggu berturut-turut sejak tayangan perdananya pada pertengahan Ogos lepas. Mengikut ranking yang dikeluarkan oleh Good Data Corporation (www.gooddata.co.kr) pada 27 Ogos, Hotel Del Luna menerima skor  sebanyak 33.87% iaitu dua kali ganda daripada kedudukan di No.2. Kedua-dua teraju utama iaitu IU dan Yeo  Jin-goo juga tidak asing daripada carta buzzworthy, mereka memperoleh kedudukan Top 3 sejak drama “Hotel Del Luna” mula disiarkan.

Berdasarkan populariti dan fenomena hebat yang telah dicipta oleh drama itu, tvN Asia, dengan kerjasama StarHub, akan menerbangkan pelakon lelaki utama “Hotel Del Luna”, Yeo Jin-goo, ke Singapura untuk mempromosikan siri drama viral ini. Stay tuned to tvN Asia for further announcement on the Star Tour!

Hotel Del Luna adalah sebuah drama fantasi romantis mengenai hotel misteri yang terbuka kepada hantu sahaja. Pemiliknya, Man-wol (IU), seorang wanita yang ‘cranky’ dan cantik telah hidup selama lebih dari 1,000 tahun. Man-wol kemudian bertemu dengan seorang pengurus hotel elit yang bijak namun lemah semangat Chan-seong (Yeo Jin-goo) di mana nasibnya kini berdepan dengan hantu dan menguruskan hotel bersama.

“Hotel Del Luna” akan bersiaran setiap Selasa dan Rabu pada jam 21.45 menerusi rangkaian tvN seperti berikut:

Singapore – StarHub Ch. 824, Singtel TV Ch. 518 / 619
Malaysia – Astro Ch. 395 dan unifi TV Ch. 211